Monday, December 29, 2008

Mungkinkah Terjadi

Seringkali hati bertanya tiap saat kita bersama
Sampai bilakah harus ku memendam rasa
Tak pernah kumerasai bibir terkunci jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi..mimpi di siang hari

Dirimu telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain di mimpi-mimpiku
Diriku kini bagai terpenjara
Tanpamu disisi tak bermakna..

Mungkinkah akan terjadi dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai harapanku
Selamanya dirimu tetap kusanjungi..

Wednesday, December 24, 2008

Ayuh,Syabab

“Ayuh!kau pemuda,gagah bertenaga,kreatif berwibawa..bangkitlah membela!”
Kata-kata itu membuatkan seluruh urat sarafku bertenaga,aliran darahku mengalir deras,semangatku membara,jiwaku kental menongkat hati,membelenggu kejahilan dalam diri,membuka jalan mencari Redha Ilahi.
Dalam perjalanan menjejak kasih Ilahi,pelbagai ranjau pasti akan ditemui.Pernah suatu ketika Saidina Umar Al-Khattab bertanya kepada seorang sahabat,
“Apakah yg kamu faham tentang taqwa?”,lantas sahabat itu bertanya,
“Wahai Amirul Mukminin,pernahkah kamu jalan di tempat yg banyak duri?,lantas Saidina Umar menjawab,
“Pernah”,kemudian sahabat bertanya,
“Bagaimanakah cara kamu berjalan di tempat itu?”,kemudian Saidina Umar menjawab,
“Aku akan berhati-hati meletakkan kaki aku dan berhati-hati ketika mengangkat kaki sebab takut terkena duri”,lalu sahabat menjelaskan,
“Taqwa itu ialah berhati-hati dalam setiap tindakan”
Maknanya dalam menjadi insan yang bertaqwa,kita perlu berhati-hati sebab takut terbuat perkara yang Allah murka,yang Allah benci.Kita akan berusaha memperbanyakkan kebaikan dan menjauhi larangan Allah SWT.
Ada sepuluh sifat peribadi Muslim yang sejati iaitu
· Akidah yg sejahtera
· Ibadah yg sahih
· Akhlak yg teguh
· Berilmu pengetahuan
· Jasad yg kuat
· Mujahadah pada nafsu
· Bermanfaat pada orang lain
· Menjaga waktunya
· Sistematik urusannya
· Mampu berdikari
Andaikan aku dapat memasukkan sifat-sifat ini ke dalam diriku,alangkah indahnya kehidupan ini.Alam ini pasti teruja.

Tuesday, December 23, 2008

Kau yang bernama Seri..

Relakan cintamu seri..leburkanlah rinduku ini
Agar bisaku menikmati belaian kasih yang sejati
Biarpun hanya seketika..biarpun bukan selama-lama
Sekali sudi kau menerima sejuta kali ku kan setia
Sekali bumi beredar mentari terbit di ufuk dunia bintang di angkasa
Masih bernafas didada selagi itu kau kucinta..
Inilah janjiku insan yang mengenal erti sepi yang tiada sepi-sepi lagi
Tinggal kau harapan satu-satunya sandaran
Bawaku pulang ke jalan yang terang..
Seri..aku merayu pada kau yang bernama seri..
Hanya kau kekasihku yang bernama SERI..

Siapa Aisyah..

Dialah permata yang dicari,sukar untuk dimiliki dan nilainya terlalu tinggi..
Seisi alam menagih kasihnya Aisyah,dibalik selendang tersembunyi nur kasihmu
Bagai mimpi kau kutemu..gadis yang ku dambakan terserlah ayu
Terbit kasih dan kuhanya tertunduk malu kerana kutahu bezanya kau dan aku
Gadis bertudung putih yang muncul tika siangku,hilang tika tidurku dan kembali tika mimpiku..
Gadis yang telah hadir dan memenuhi ruang hidup ini yang teramat gersang..
Gadis yang telah datang bersama kelembutan dan ketenangan yang menyuburkan hati yang resah ini..
Gadis yang telah membuatkan siangku sunyi tanpa renungan matanya
Dan malamku patah sayapnya tanpa ingatan yang tulus tika mengenang keayuan dan kesopanannya..
Ya Allah..
Aku benar-benar cinta kepada insan ini..
Dia menjelma bak cahaya suluhnya yang teramat di dalam jaga
Inginku menyapanya tapi terhalang oleh hijab ketulusan cintanya kepadaMu..
Aku benar-benar merinduinya..
Aku benar-benar ingin mencipta bahagia bersamanya di dunia dan akhirat..
Dengan rahmatMu Ya Allah..
Aku mohon kepadaMu yang telah mencipta kan cinta untuk dinikmati oleh sekalian manusia..
Engkau suburkanlah cinta di dalam hatinya agar dia tidak terus menyembunyikan cintanya kepadaku..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta untuk diriku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..titipkanlah kebahagiaan
Walaupun aku sedar aku bukanlah insan terbaik di muka bumi ini
Namun hatiku telah disentuh oleh ketulusan hatinya yang terlalu sukar untukku rungkaikan maknanya
Izinkanlah kami sama-sama menikmati cinta dari anugerahMu di dunia hingga ke akhirat nanti..
Ya Allah..Aku MOHON DENGAN SANGAT kerana andai ini terjadi,alam ini pasti teruja..

Sunday, December 21, 2008

Tiada yang sia-sia..

setiap titis air yg keluar dari mata air,mereka mengetahuinya bahawa mereka akan mengalir menuju ke laut.meski harus melalui anak sungai,lubuk,danau dan muara,mereka yakin perjalanan mereka bukan tanpa tujuan..bahkan,ketika menunggu di samudera,setiap titis air tahu,suatu saat yg panas,angin akan membawa mereka ke pucuk2 gunung,menjadi awan dan menurunkan hujan.sebahagian menyuburkan rerumputan,sebahagian terapung dalam kolam2,sebahagian kembali ke laut..ADAKAH SESUATU YG SIA2 DARI SETIAP TITIS AIR YG ANDA TEMUI????..begitulah kehidupan kita.setiap manusia dicipta dengan peranan yang tersendiri dan amat berbeza.namun,tiada yang sia-sia kerana sikap manusia yang begitu akan menjadikan manusia saling melengkapi disebabkan kesedaran bahawa tiada manusia yang sempurna.Jadilah seperti air yang sentiasa berbakti kepada hidupan di muka bumi dan sentiasa mengikuti perintah dan ketentuan Allah swt.Andai manusia sedar akan perkara ini,nescaya dunia akan lebih aman dan tenteram..dan..ALAM INI PASTI TERUJA..

Sufi

Sufi selangkah..tirai kasihmu kubuka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah dihina kau tak berubah..
Kau menguasai selautan yg tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan sebagai tali pegangan
Sufi kau hilang di pandangan ada di dalam kenikmatan
Engkau dan Dia pasti tidak akan terpisah
Andai tertutup tirai sufi yg terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan
Ingin kutempuh titianmu dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah dihina kau tak berubah

Tuesday, December 16, 2008

Nasihat..

Ada seorang lelaki menemui Imam Ahmad Ibn Hanbal r.a,lalu berkata “Nasihatilah aku.”Kemudian Imam Ahmad Ibn Hanbal berkata “Jika Allah telah menjamin rezeki,kenapa engkau bersusah payah?Dan jika Allah pasti mengganti sedekah kita,mengapa kita kikir?Jika syurga itu sudah pasti ada,mengapa kita bersantai?Jika api neraka sudah pasti ada,mengapa kita berani melakukan maksiat?Jika pertanyaan munkar dan nakir sudah pasti ada,mengapa kita bersenang-senang?Jika dunia itu sudah pasti musnah,mengapa kita ingin hidup tenang?Jika hisab(perhitungan amal) itu sudah pasti ada mengapa kita lalai?Jika segala sesuatu dengan qadha’ dan qadar,mengapa kita takut?

Tuesday, December 2, 2008

Syukur..

Apa itu syukur?
Ssh jugak nk buat definisi tentang perkara ni..
Terlalu banyak sifat dalam diri yg boleh dikiblatkan kepada rasa syukur..
Segala nikmat yg dikecapi,perlu dan wajib disyukuri..
"Syukur itu sifat mulia,hindar dari tamak haloba,rasa cukup apa yg ada,
hati tenang,hidup sejahtera..",begitulah sebaris lirik lagu syukur dendangan kumpulan Raihan.
Bagaimana cara untuk bersyukur?
"Syukur itu banyak caranya..taat beribadah,tekun berusaha,saling membantu,berkasih sayang,murah senyuman,hulur sedekah.."sebahagian lirik lagu yg sama..
Cara yg sebenar utk bersyukur ialah sentiasa menyebut kalimah Alhamdulillah kerana Allah SWT memberi kita nikmat iman dan islam.Kemudian berselawat ke atas Rasul junjungan kita,Muhammad SAW kerana telah menyuburkan dakwah islam sehingga sampai kepada kita pada hari ini.Melalui satu majlis ilmu yg ana hadiri,seorang ustaz menyebut ada 3 golongan yg amat dikasihi oleh Allah SWT tapi jika dapat jadi yg lagi 3,ia lebih baik..
  1. Allah mengasihi org yg bertaqwa dengan sebenar-benar taqwa,tapi Allah lebih kasih kepada org muda yg bertaqwa.
  2. Allah mengasihi org yg tawadduk,tapi Allah lebih kasih kpd org kaya yg tawadduk
  3. Allah mengasihi org yg pemurah,tapi Allah lebih kasih kpd org miskin yg pemurah

Sebuah kisah di zaman Saidina Umar Al-Khattab RA..

Ketika sedang tawaf,beliau melihat seorang badwi sedang berdoa.."Allahhummaj'alni minalkhalil.."beberapa kali.Ayat itu bermaksud,"Ya Allah jadikan aku dari kalangan yg sedikit",Saidina Umar pun pelik dan bertanya,"kenapa kamu mintak kepada Allah permintaan yg sebegitu",ini kerana sebagai manusia biasa dan miskin,kita selalunya akan mintak rezeki dan kekayaan..lalu org itu menjawab,"Ya Amirul mukminin,tahukah kamu bahawa Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran "Dan terlalu sedikit dari kalangan hambaKu yg bersyukur"..Masya Allah,sungguh teguh iman org badwi tersebut..Ini menunjukkan kepada kita bahawa terlalu sedikit hamba Allah yg bersyukur.Oleh itu bersyukurlah kepada Allah kerana nilai syukur itu terlalu tinggi dan dapat mendekatkan kita kepada Allah yg Maha Agung..

Wednesday, November 26, 2008

Cinta..

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani..
Dan di mana terciptanya cinta disitu rindu bermula..
Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela..
Rasa bahagia biarpun sengsara berkorban segala-gala..

Semua kerana cinta,yg pahit manis dirasa
Menghibur nestapa merawat duka damai dijiwa..
Terpadam api benci permusuhan,terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yg diidamkan tanpa nafsu yg mencemarkan..

Dan jgn pula kerana bercinta kita pun leka entah ke mana
Dan jgn pula kerana bercinta tergadai semua maruah agama..

Cinta pada bunga,bunga akan layu..
Cinta kan manusia,manusia akan mati..
Cinta kan saudara masa berada hanya sementara..
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya..
Cinta sesama insan suburkan dengan ketakwaan..
Cinta yg sejati hanya cintakan Ilahi..

Ana teringat cerita seorang ustaz,
Pesan Rasulullah S.A.W..
Ketika seorang sahabat bertanya Rasululah S.A.W..
"Ya Rasulullah,bilakah hari kiamat?",Rasulullah pun bertanya,
"Adakah kamu bersedia untuk hari itu?",sahabat pun menjawab,
"Tidak Ya Rasulullah..apa yg aku ada hanyalah rasa cinta kepada Allah s.w.t dan kepadamu"
Kemudian Rasulullah pun menjawab..
"Sesungguhnya di akhirat nanti,manusia akan bersama dengan apa yg dia cintai"
Sungguh gembira sahabat ini kerana dia berpeluang untuk mendapat syafaat dari Rasulullah..
Bayangkanlah jika di dunia ini,kita terlalu cintakan selain dari Allah dan Rasulullah..
jika cintakan artis,itu yg kita dapat,jika cintakan girlfriend atau boyfriend,itu yg kita dapat,jika cintakan harta benda,itu yg kita dapat..
Tetapi disana nanti tiada yg lebih bernilai selain dari Syurga Allah s.w.t..
Jika apa yg kita cintai membawa kita ke syurga,Alhamdulillah..
Jika apa yg kita cintai membawa kita ke neraka,Nauzubillah..

Thursday, November 20, 2008

Bismillahhirrahmanirrahim..

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ni aku nk g klate..rasa sonok gak..xsabar aku nk jumpe tok guru..hehe..org ckp klate ni sonok..tenang,best and mcm2 lg la..tp org la kate..aku xkate..td baru abis exam sem ni..fuh..mmg lega.rasa tercabut beban yg memberatkan bahu aku..huhu..lps ni nk relax kejap.kejap je sbb masa cuti ni byk tanggungjawab aku untuk lakukan bagi keluarga aku..nk buat camane,anak lelaki sulong.kena la berkorban skit..dlm cuti ni gak aku nk survey syarikat untuk buat latihan industri..bidang pemasaran ni ssh skit nk cari kat agensi kerajaan.kena la ringan tulang cari kat syarikat swasta..leceh jugak..tp nk buat camane..

k,stakat ni dulu mesej dari aku..doakan kejayaan aku sampai di klate dgn slamat..hehe..syukran,wailalliqa'..

Sunday, November 16, 2008

Salam..




Kehidupan adalah suatu anugerah yang tak ternilai..
Kematian adalah suatu perhentian yang pasti digapai..
Lahirnya manusia disambut dengan azan..
Matinya manusia dilengkapi dengan solat..
Antara azan dan solat..
Alangkah singkatnya kehidupan ini..

Ya Allah..
Engkau takdirkan aku di sini..
Di pentas dunia yang penuh lakonan dan nista ini..
Seringkali aku tewas dalam permainan duniawi..
Janji yang Engkau kalamkan..
Setiap kesenangan yang datang takkan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang..

Kehidupan merupakan suatu nikmat..
Tidur adalah suatu nikmat..
Kesihatan pastinya suatu nikmat..
Islam datang bersama nikmat..
Iman dan takwa adalah kemuncak nikmat..
Tanggungjawab yang hadir bersamanya juga suatu nikmat..

Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Hidup tanpa tanggungjawab umpama lukisan yang tiada warna
Walau sebersih dan sebesar manapun ia..
Tetap tidak mampu mengindahkan ia pada pandangan insan lain
Kerana ia sebuah karya yang tiada kesempurnaannya..

Ihdinasshiratholmustaqim..
Tunjukkan dan pimpinlah aku ke jalan yang lurus dan diredhaiMu..
Allahummahdini fi manhadait..
Ya Allah..Berikanlah aku petunjuk seperti orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk..
Agar aku dapat kembali kepadaMu Ya Rabbal Alamin..
Rabbana La Tuzi'qulubana Ba'daizhadaitana
Wahablana min ladunka rahmah..
Ya Allah..
Janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau berikan petunjuk
Dan berikan kami rahmat dari sisiMu..
Allahummaj'alni minalkhalil(3x)
Ya Allah..Jadikanlah aku dari golongan yang sedikit..(3x)
Kerana aku tahu..
Terlalu sedikit dari kalangan hambaMu yang bersyukur..
Amin Ya Rabbal Alamin..