Tuesday, December 23, 2008

Siapa Aisyah..

Dialah permata yang dicari,sukar untuk dimiliki dan nilainya terlalu tinggi..
Seisi alam menagih kasihnya Aisyah,dibalik selendang tersembunyi nur kasihmu
Bagai mimpi kau kutemu..gadis yang ku dambakan terserlah ayu
Terbit kasih dan kuhanya tertunduk malu kerana kutahu bezanya kau dan aku
Gadis bertudung putih yang muncul tika siangku,hilang tika tidurku dan kembali tika mimpiku..
Gadis yang telah hadir dan memenuhi ruang hidup ini yang teramat gersang..
Gadis yang telah datang bersama kelembutan dan ketenangan yang menyuburkan hati yang resah ini..
Gadis yang telah membuatkan siangku sunyi tanpa renungan matanya
Dan malamku patah sayapnya tanpa ingatan yang tulus tika mengenang keayuan dan kesopanannya..
Ya Allah..
Aku benar-benar cinta kepada insan ini..
Dia menjelma bak cahaya suluhnya yang teramat di dalam jaga
Inginku menyapanya tapi terhalang oleh hijab ketulusan cintanya kepadaMu..
Aku benar-benar merinduinya..
Aku benar-benar ingin mencipta bahagia bersamanya di dunia dan akhirat..
Dengan rahmatMu Ya Allah..
Aku mohon kepadaMu yang telah mencipta kan cinta untuk dinikmati oleh sekalian manusia..
Engkau suburkanlah cinta di dalam hatinya agar dia tidak terus menyembunyikan cintanya kepadaku..
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku tercipta untuk diriku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..titipkanlah kebahagiaan
Walaupun aku sedar aku bukanlah insan terbaik di muka bumi ini
Namun hatiku telah disentuh oleh ketulusan hatinya yang terlalu sukar untukku rungkaikan maknanya
Izinkanlah kami sama-sama menikmati cinta dari anugerahMu di dunia hingga ke akhirat nanti..
Ya Allah..Aku MOHON DENGAN SANGAT kerana andai ini terjadi,alam ini pasti teruja..

1 comment:

Anonymous said...

salam...

sblm ana meneruskan bicara, bolehkah anta jelaskan siapakah Aisyah????mungkin soalan ni terlalu peribadi tetapi ana nak komen cikit berkenaan tulisan anta ni...

tidak salah untuk menyintai seseorang tetapi jgn terlalu memuja...anta harus sedar bahawa cinta Allah lebih utama...andai benar apa yang anta tulis itu untuk seseorang yang anta anda cintai...biarlah ia hanya tertulis dihati anta,jgn biarkan sahabat-sahabat anta yang melawati blog anta ni bersangka buruk...

ana berpendapat...
blog anta ni berbentuk islami
jadi lebih molek kiranya diisi dengan bicara-bicara tentang keagamaan dan ketuhanan....

bantulah menegakkan agama Allah, Insyaallah diri kita juga dalam bantuanNya...

pujalah Cinta TuhanMu
percayalah...
alam ini juga turut teruja..

syukran...
sekadar peringatan