Wednesday, June 10, 2009

Hukum Mengerat Kuku..

Salam..

Ana ingin berkongsi dengan semua pembaca sekalian mengenai maklumat yang ana baca dalam sebuah buku.Maklumat tersebut mengenai hukum mengerat kuku pada hari-hari tertentu.Kesahihannya bergantung kepada kita untuk mempercayainya atau tidak.
Renung-renungkan dan selamat beramal..

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya.Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati.Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah,bukannya tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih.Mulakan kerat kuku itu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi mula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhirnya ibu jari tangan kanan.Kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.

Tuesday, June 9, 2009

Pesan Tok Guru


Salam alaik..

Semalam, ana berpeluang menghadiri kuliah khas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar kelantan di Surau AN-Nur, Bandar Baru Bangi.Memang terharu dan teruja dapat bertemu dan mendengar kuliah tok guru secara live dan dekat.Dulu pernah juga pergi ke rumah kawan di Kelantan semata-mata nak hadir kuliah mingguan Tok Guru di Kota Bharu tapi tak berkesempatan.Kuliah Tok Guru dan Dato' Dr.Haron Din berkisar mengenai kewajipan menegakkan keadilan dan menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan dengan agenda utama adalah membantu penduduk Rantau Panjang, Kelantan.

Hati ini tersentuh dengan pesanan tok guru bahawa bantu-membantu serta sedekah amal jariah sangat dituntut dalam Islam.Teringat akan sebuah hadis yang menerangkan bahawa amal manusia akan terputus dari dunia ini setelah meninggal dunia kecuali tiga perkara iaitu Ilmu yang dimanfaatkan, sedekah amal jariah serta doa dari anak yang soleh.Lantas, sumbangan dihulurkan tanpa mengharap apa-apa balasan selain redha Allah swt.Rasa tenang dan puas hati dapat bertemu dengan ulama' yang memperjuangkan Islam seperti Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haron Din.Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menyenangkan dan kredibiliti ilmu kepimpinan yang tak dapat dipersoalkan lagi.

Semoga Tok Guru akan terus sihat walafiat untuk memimpin gerakan Islam yang bakal membawa perubahan kepada negara yang tercinta ini.Amin Ya Rabbal Alamin..

Monday, June 8, 2009

Bermulanya Sebuah Revolusi..


Salam alaik..

Hari ni ana berpeluang hadir dalam sidang penutup muktamar tahunan PAS kali ke-55..memang menarik dan teruja untuk hadir dalam majlis seperti ini.Meremang bulu roma mendengar laungan "Takbir" dari para Perwakilan.Ana sempat mendengar amanat dari Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tapi sekejap sahaja.Walaupun begitu, rasa puas hati jugak sebab berpeluang mendengar ucapan dari Tuan Guru secara live.Di sini ana ingin memetik serangkap ucapan dari Tuan Guru sebagai tatapan dan renungan bersama..

DEWAN PEMUDA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Marilah kita menyedari bahawa asas perjuangan yang diletakkan oleh generasi yang terdahulu memerlukan golongan �syabab� sebagai penerusnya. Sehubungan dengan itu, PAS ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Pemuda PAS di semua peringkat kerana terus menarik sokongan pengundi muda kepada PAS termasuk dalam pilihan raya-pilihan raya kecil yang telah berlangsung. Golongan pengundi muda ini adalah sangat penting kepada perjuangan PAS, kerana merekalah generasi yang akan mendominasi geopolitik negara di masa yang akan datang.

Berteraskan fenomena inilah, maka Pemuda PAS perlu merangka pelan untuk mengekalkan sokongan orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang, kaum, budaya, taraf pendidikan dengan program-program yang bersesuaian, termasuk �mengakhlakkan� aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dilihat di luar ruang lingkup aktiviti PAS. Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas 'penyelamat' bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama.

Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam.

Ini adalah kerana realiti sekarang menuntut pemimpin yang bukan sahaja mempunyai ilmu, berintegriti, bahkan berkemampuan untuk mentadbir negara dan berperanan di peringkat antarabangsa. Semoga Pusat Latihan Akademi Kepimpinan Pemuda yang baru dirasmikan di Kok Lanas pada bulan Februari lalu akan melonjakkan kegiatan-kegiatan tarbiah untuk melahirkan kepimpinan yang lebih baik bagi memimpin ummah.

Petugas daripada kalangan pemuda khususnya telah memberi sumbangan besar dalam pilihan raya dan kegiatan PAS termasuk menggerakkan massa dalam Himpunan Membantah PPSMI baru-baru ini. Unit Amal di bawah kelolaannya perlu meningkatkan lagi prestasi, sungguh pun telah banyak menerima pujian dan kepercayaan hasil dari tahap disiplin yang tinggi dan perkhidmatan yang diberikan.

Perkhidmatan kepada rakyat secara bermusim seperti menjelang hari perayaan dan tidak bermusim seperti bencana alam perlulah diteruskan dengan penuh iltizam tanpa batasan negeri, bangsa dan budaya. Pemuda juga perlu terus pro aktif dalam menghadapi isu-isu dalam negara dengan memimpin ummah di medan dan secara bijaksana berhadapan dengan entiti yang berkenaan.

Dalam konteks parti dan kerajaan serta percaturan politik yang serba mungkin dewasa ini, PAS terus menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.

Sumber: (Harakahdaily.net)

Friday, June 5, 2009

Selamat Bermuktamar..



salam alaik..

Hari ni ana berpeluang untuk menghadiri muktamar PAS Pusat di Stadium melawati sebagai pemerhati..huhu..agak menarik tapi cuma ada pengundian je tadi.Masa yang ada digunakan untuk jalan-jalan cari makan dan cari baju..hehe..memang menarik suasana yang dapat dilihat di situ.jauh berbeza dengan suasana Jom Heboh yang ana pernah saksikan.Alunan zikir memuji tuhan, ceramah yang berkumandang, pakaian muslimin dan muslimat, dan macam-macam lagi la dengan environment Islamic dan menyejukkan mata.Hajat di hati nak dengar ucapan dari mana-mana pimpinan PAS tapi tak berkesempatan plak.Semalam ada hadiri forum yang membariskan ahli panel Ustaz Nik Zawawi, Drs Khalil Idham Lim dan Dato'Dr Hassan Ali.Tajuk forum ialah "Islam memimpin perubahan".Ana agak berpuas hati dengan kupasan ahli panel yang terlibat.Antara isu yang diperbincangkan ialah krisis Perak, bencana stadium di Terengganu dan juga perkembangan terkini kerajaan negeri Selangor.Overall, memang puas hati dan pulang dengan hati yang senang walaupun harapan nak dengar kupasan dari Dato'Dr Haron Din tak kesampaian..huhu..