Monday, April 27, 2009

Mengapa hati mati??


* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Renung2kan dan selamat beramal..

(sumber:harakahdaily.net)

Sunday, April 26, 2009

Tamak itu ada baiknya..


Hubungan kita dgn Tuhan adalah
hubungan hamba dgn Penciptanya..
hubungan hamba dgn Pengawalnya..
dan hubungan hamba dgn Pemberi Balasan..

Pernah suatu hari Nabi Muhammad s.a.w berkata kpd seorang anak muda,
"Wahai anakku,aku akan mengajar kamu beberapa perkara:Peliharalah Tuhan nescaya Dia pelihara kamu,peliharalah Tuhan nescaya apa-apa yg engkau minta dimakbulkanNya.Apabila kamu meminta sesuatu,mintalah drpd Tuhan,apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah daripada Tuhan."

Berdasarkan hadis ini jelas Nabi Muhammad mengarahkan kita supaya memelihara hukum,hak,perintah dan larangan Tuhan dgn cara mengerjakan perintahNya sesuai dgn ketetapan syariatNya.Misalnya,apabila kita menjaga sembahyang,yakni hukum ketetapanNya,maka kita melaksanakan perintah Tuhan.Tuhan memelihara kita dan kita boleh menjadi sihat,kuat dan berkat dalam hidup.Malah yg paling utama,Tuhan memelihara kita drpd menjadi bahan bakar api neraka.

Malah sebagai org yg beriman,kita sentiasa meminta supaya Tuhan memelihara kita.Bukan sekadar kita menjaga perintah Tuhan,malah kita tetap berdoa supaya Tuhan memelihara kita.Sebagai contoh,kita baca doa yg diajarkan oleh Muhammad seperti yg dilaporkan oleh Ibnu Umar,
"Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku meminta kepadaMu sihat walafiat di dunia dan akhirat.Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku meminta kepadaMu keampunan dan kesejahteraan buat agamaku dan duniaku,buat kaum keluargaku dan harta bendaku.Wahai Tuhanku,tutupkanlah keaibanku dan amankanlah kebimbanganku,peliharalah dari hadapanku,dan belakangku,kanan dan kiriku,dan dari sebelah atasku,aku berlindung pada kebesaranMu drpd dibinasakan dari bawahku."

Apabila kita meminta drpd Tuhan,Tuhan adalah sebaik-baik pemberi segala permintaan.Muhammad berkata,"Bersikap tamaklah apabila mendapatkan manfaat bagi dirimu,dan mintalah pertolongan drpd Tuhan,dan janganlah engkau berasa lemah."
Untuk itu,kita perlu bersifat tamak merebut manfaat agama,manakala Tuhan dijadikan tempat mengadu dan meminta pertolongan.

(Petikan dari buku "Cerita-cerita Motivasi untuk Jiwa")

Renung2kan dan selamat beramal

Monday, April 20, 2009

Syabab 'Musafir Kasih'


salam alaik..
sejak kebelakangan ini banyak juga novel yg dijadikan filem..
ini adalah usaha yg baik dlm menyampaikan dakwah kepada golongan sasar..
sayangnya apabila ia hanya dipelopori oleh sutradara asing terutamanya di Indonesia..
ia seakan tidak mendapat tempat di hati sutradara Malaysia..
filem Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih serta sinetron Di Atas Sajadah Cinta..
semuanya hasil karya penulis terkenal Habiburrahman El-Shirazzy..
mesejnya bagus dan kekuatannya sangat menonjol..
Di Malaysia juga ramai penulis novel-novel dakwah yg menghasilkan karya bermutu..
terutamanya novel yg sangat dekat di hati ana,Syabab Musafir Kasih..
tahniah kepada penulisnya,Fatimah Syarha Mohd Noordin..
ana bukanlah peminat dan pembaca novel yang kerap..
cuma apabila ada karya dakwah yg bermutu,selayaknya ia disebarkan dan ditonjolkan..
ana sgt berharap agar novel Syabab Musafir Kasih dapat diangkat menjadi filem..
kerana jalan dakwahnya mantap dan bersesuaian dgn suasana di Malaysia..
mungkin ada semacam fobia dalam penerbitan karya filem dakwah..
ini mungkin disebabkan kurangnya sambutan terhadap filem Syukur 21..
sebuah filem yg cukup cantik dan berkualiti dlm penonjolan sebuah negara Islam yg maju..
namun begitu ia tidak begitu mendapat sambutan rakyat Malaysia..
entah di mana silapnya..
Mungkin suatu hari nanti kita dapat melihat gemilangnya sinar Islam di Malaysia ini..
di saat itulah kita dapat berharap dakwah disampaikan dalam medium yg pelbagai..
dakwah boleh disampaikan melalui drama,nasyid,filem,seni silat,seni binaan,bahan bacaan kanak2,radio,malah dalam sistem pembelajaran negara..
ianya terpulang kepada penyampai ilmu dan pemerintah negara..
sekiranya Islam menjadi keutamaan,penganut agama lain juga akan menghormati Islam..
kerana Islam untuk semua,Rahmatan Lil'Alamin..
namun jika kedudukan,kekayaan dan kekuasaan yg menjadi keutamaan..
sedikit demi sedikit sinar Islam akan pudar dan semakin dipinggirkan..
dan di saat itulah mungkin terjadinya peristiwa yg paling menakutkan..
Subhanallah..
ini hanya luahan hati dari seorang insan yg hina lagi serba kekurangan..
semoga kehidupan kita sentiasa mendapat rahmat dan perlindunganNya..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Salam Perjuangan..


salam alaik..
rindu plak nak post kt blog ni..
walaupun hati masih berdebar-debar nak mengahadapi exam..huhu
entah kenapa,rase mcm xbsemangat je nak exam..
hakikatnya exam ini akan byk mempengaruhi perjalanan ana di UKM DI HATIKU ini..
terlalu byk kesilapan dan kekhilafan yg sengaja dan xdisengajakan..
semakin hari semakin resah menjalani kehidupan yg semakin mencabar..
ana rindukan ketabahan watak syabab..
yg semakin dihambat masalah,semakin kukuh semangat dan jatidiri perjuangan..
semakin dicemuh dan dihina,semakin kuat menghayun langkah menuju kejayaan..
mampukah ana menyerap ketokohan yg ditonjolkan pemimpin-pemimpin Islam..
mampukah ana melawan kelemahan dan kejahilan yg masih tersisa di hati ini..
terlalu pedih utk mengakui,terlalu berat utk memahami,terlalu sukar utk mengubati..
setiap kata,setiap langkah,setiap idea yg bakal dizahirkan dlm perjalanan ini..
pasti akan mengundang komentar,bisikan,cemuhan,hinaan dan amarah..
dari manusia utk manusia..
hanya sabar dan ikhlas menjadi peneman sejati dalam perjuangan ini..
tanpa kedua-duanya,
sudah lama ana tersungkur dalam lurah kekalahan,dalam telaga ketewasan..
tiada siapa yg memahami hasrat dan kemahuan hati ini..
tiada siapa dapat menjadi tempat mengadu,tempat berharap,tempat berteduh..
Hanya Allah swt yg memahami ciptaanNya..
esok dah start exam..
kelakuan organisasi,makroekonomi,kelakuan pengguna..
3 hari berturut-turut..
semoga setiap usaha dan doa dapat menjadi teman kejayaan..
selamat berjuang..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Wednesday, April 8, 2009

Wasiat Luqman Hakim sebelum meninggal

LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan: "Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:

1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.

2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.

3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.

4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.

5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.

6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.

Persoalan Takdir

Saidina Ali Ibn Abi Talib r.a ditanya seseorang tentang takdir.Ia menjawab: “jalan yg rumit.jgn berjalan di situ.”orang itu berkata pula “Beritahulah aku tentang takdir”.Saidina Ali menjawab “Lautan yg dalam,jgn masuk di dalamnya”.Org itu berkata lagi “Beritahulah aku tentang takdir”.Saidina Ali menjawab “Rahsia yg hanya diketahui oleh Allah swt,jgnlah engkau menyiarkannya”.Org itu berkata lagi “Beritahulah aku tentang takdir”.Saidina Ali berkata “Hai,penanya.Apakah Allah swt menjadikan kamu sebagaimana yg dikehendakiNya ataukah sebagaimana engkau kehendaki?” org itu menjawab “sebagaimana yg dikehendakiNya”.Kemudian Saidina Ali berkata “Allah swt membangkitkanmu pada hari kiamat sebagaimana engkau kehendaki ataukah sebagaimana dikehendakiNya?” org itu menjawab “Sebagaimana yg dikehendakiNya”.Saidina Ali berkata “Hai,penanya.Apakah engkau berkehendak bersama Allah?ataukah di atas kehendakNya?ataukah di bawah kehendakNya?Jika engkau katakan bersama Allah,bererti engkau mengaku bersekutu denganNya.Jika engkau katakan di bawah kehendakNya,bererti engkau tidak memerlukan kehendakNya.Jika engkau katakan di atas kehendakNya,bererti kehendakmu mengatasi kehendakNya.”Kemudian Saidina Ali berkata “Bukankah engkau memohon kesihatan kepada Allah?” Org itu menjawab “Ya”.Saidina Ali berkata “Apakah yg engkau mohonkan keselamatan ataukah ia dari bencana org lain yg ditimpakan Allah kepadamu?” Org itu menjawab “Dari bencana yg Allah timpakan kepadaku”.Saidina Ali berkata “Bukankah engkau mengucapkan “(Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kehendak Allah Yg Maha Tinggi dan Maha Agung)?”.Org itu menjawab “Ya”.Saidina Ali berkata “Tahukah engkau tafsirannya?”.Org itu menjawab “Tidak,ajarilah aku apa yg diajarkan Allah kepadamu”.Saidina Ali berkata “Tafsirannya ialah ,hamba tidak mempunyai kemampuan utk taat kepada Allah mahupun derhaka kepadaNya,melainkan dengan kehendak Allah Azza Wa jalla”.Sambung Saidina Ali “Sesungguhnya Allah yg membuat sakit dan yg mengubati.Penyakit berasal dari Allah dan ubatnya juga berasal dari Allah.Fahamilah Allah”.Penanya itu berkata “Saya telah mengerti”.Kemudian Saidina Ali berkata “Sekarang engkau telah menjadi org islam.Sambutlah saudaramu oleh kamu sekalian dan jabatlah tangannya”.seterusnya Saidina Ali berkata “Andaikata kudapati seorang lelaki berfaham Qadariyah,nescaya kupegang lehernya dan aku terus memukulnya hingga kupatahkan lehernya.kerana mereka adalah Yahudi ummat ini”.

Saturday, April 4, 2009

Terharu sungguh hati ini..

Salam alaik..
Terasa bercampur baur perasaan dalam hati ini..
ada kecewa, marah, terkilan, terharu, bersemangat dan mcm2 lg..
semuanya kerana pelbagai cabaran dan dugaan persekitaran..
assignment, persatuan, wajadiri, keluarga,kawan-kawan..
akan tetapi semua itu adalah perasaan normal manusia..
kerana lumrah manusia mempunyai nafsu dan perasaan..
akan tetapi terpulang kepada cara kita mengawalnya..
kenapa ramai di antara kita suka lari dari tanggungjawab?
ana sendiri tak mampu untuk menyalahkan sesiapa..
setiap orang akan mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah..
tanpa memikirkan akibat kepada diri sendiri dan orang lain..
ana pernah melalui perkara yang sama..
cikgu ana juga pernah menyatakan..
lari dari masalah tidak akan pernah menyelesaikan masalah..
sekarang barulah ana faham akan makna yang tersirat dalam kata-kata tersebut..
sebagai orang yang mendalami bidang perniagaan dan keusahawanan..
ana cuba untuk mengambil risiko dan bersedia untuk memberi sumbangan dalam perjuangan..
kerana ramai orang yang boleh berjuang tapi sedikit yang ikhlas dalam perjuangan..
apabila ana dihubungi oleh seorang Alumni UKM dari UK baru-baru ini..
ana terharu dan terkedu apabila beliau menyatakan komitmen terhadap persatuan..
meskipun berada jauh di perantauan..
tapi menyedihkan apabila rakan2 di sini longlai dan mudah mengalah dalam perjuangan..
ana sendiri bukanlah orang yang bijak dan berpengalaman..
akan tetapi ana bersedia untuk menuntut ilmu bagi bekalan masa depan..
kerana kemahiran organisasi akan memberi kesan kepada kehidupan seluruhnya..
apatah lagi dalam bidang perniagaan yang ana sedang belajar ketika ini..
setiap ilmu yang dipelajari ada manfaat dan kegunaan..
cuma ilmu tanpa amalan umpama pohon yang tidak berbuah..
amal tanpa ilmu umpama mencurah air ke daun keladi..
semuanya sia-sia..
oleh itu, ana sentiasa istiqamah dalam mencari kekuatan sebenar dalam diri ana..
mungkin ana tidak temui sekarang..
tapi ana yakin dapat bertemu dengannya sedikit masa lagi..
ana akan cuba bersabar dan terus berusaha..
semoga usaha ana sentiasa diredhai dan diberkati Allah s.w.t..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Thursday, April 2, 2009

Silat dan perjuangan..

salam alaik..
sebentar tadi ada Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UKM..
entah kenapa ana berasa lega bila barisan exco telah dibubarkan..
bukan kerana rasa terbeban dengan tugas persatuan
tapi kerana perjalanan aktiviti yang kurang memuaskan sepanjang sesi lepas..
entah kenapa ana rasa bersalah kerana tak dapat menjadi exco yang baik..
agenda penting ana lepas ni ialah untuk menguji keikhlasan ana belajar silat..
mungkin sebelum ni ana selalu turun kelas silat kerana ana adalah exco..
tapi bila dah lepas jawatan exco, ana perlu suburkan keikhlasan sebenar mempelajari silat..
bagi ana, seni silat adalah cabang ilmu yang bermaanfaat dan perlu dipelajari serta disebarkan..
akan tetapi bukan mudah untuk istiqamah dalam melakukan kebaikan..
banyak dugaan dan cabaran yang bakal mendatang..
meskipun ana bukan lagi bergelar exco, tapi tanggungjawab untuk wajadiri masih ana galas..
inilah platform yang baik untuk memberitahu masyarakat bahawa seni silat adalah bermanfaat..
ana akan cuba untuk pastikan kejohanan wajadiri ini mencapai matlamat yang telah digariskan..
dengan sedikit ilmu dan pengalaman, ana akan curahkan untuk kebaikan masyarakat..

"kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana agama"
"kita bersilat bukan kerana silat, kita bersilat kerana Allah"

inilah yang cuba ana tanamkan dalam diri ana demi meneruskan perjuangan murni ini..
semoga segala yang ana akan buat diredhai oleh Allah swt..

"bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah.."

semoga dengan niat untuk memudahkan kehidupan orang lain didunia ini..
Di akhirat kelak ana akan dipermudahkan perhitungan amalan..
kerna inilah tuntutan sebenar Islam..
andai ada secebis keikhlasan untuk memperjuangkan agama,
lebih baik daripada segunung perjuangan yang tidak ikhlas dalam menegakkan al-Islam..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..