Saturday, April 4, 2009

Terharu sungguh hati ini..

Salam alaik..
Terasa bercampur baur perasaan dalam hati ini..
ada kecewa, marah, terkilan, terharu, bersemangat dan mcm2 lg..
semuanya kerana pelbagai cabaran dan dugaan persekitaran..
assignment, persatuan, wajadiri, keluarga,kawan-kawan..
akan tetapi semua itu adalah perasaan normal manusia..
kerana lumrah manusia mempunyai nafsu dan perasaan..
akan tetapi terpulang kepada cara kita mengawalnya..
kenapa ramai di antara kita suka lari dari tanggungjawab?
ana sendiri tak mampu untuk menyalahkan sesiapa..
setiap orang akan mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah..
tanpa memikirkan akibat kepada diri sendiri dan orang lain..
ana pernah melalui perkara yang sama..
cikgu ana juga pernah menyatakan..
lari dari masalah tidak akan pernah menyelesaikan masalah..
sekarang barulah ana faham akan makna yang tersirat dalam kata-kata tersebut..
sebagai orang yang mendalami bidang perniagaan dan keusahawanan..
ana cuba untuk mengambil risiko dan bersedia untuk memberi sumbangan dalam perjuangan..
kerana ramai orang yang boleh berjuang tapi sedikit yang ikhlas dalam perjuangan..
apabila ana dihubungi oleh seorang Alumni UKM dari UK baru-baru ini..
ana terharu dan terkedu apabila beliau menyatakan komitmen terhadap persatuan..
meskipun berada jauh di perantauan..
tapi menyedihkan apabila rakan2 di sini longlai dan mudah mengalah dalam perjuangan..
ana sendiri bukanlah orang yang bijak dan berpengalaman..
akan tetapi ana bersedia untuk menuntut ilmu bagi bekalan masa depan..
kerana kemahiran organisasi akan memberi kesan kepada kehidupan seluruhnya..
apatah lagi dalam bidang perniagaan yang ana sedang belajar ketika ini..
setiap ilmu yang dipelajari ada manfaat dan kegunaan..
cuma ilmu tanpa amalan umpama pohon yang tidak berbuah..
amal tanpa ilmu umpama mencurah air ke daun keladi..
semuanya sia-sia..
oleh itu, ana sentiasa istiqamah dalam mencari kekuatan sebenar dalam diri ana..
mungkin ana tidak temui sekarang..
tapi ana yakin dapat bertemu dengannya sedikit masa lagi..
ana akan cuba bersabar dan terus berusaha..
semoga usaha ana sentiasa diredhai dan diberkati Allah s.w.t..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

1 comment:

Najihah Mumtazah bt Che Ali said...

salam...ana pun rasa terharu baca post nie..tahniah buat anta,makin mantap skrg...teruskan usaha anta,insyaallah usaha org2 yang ikhlas sentiasa diterima oleh Allah..biarlah usaha yang dibuat itu sedikit,asalkan istiqamah dlm melalkukannya...tuntutlah ilmu selagi nafas belum terhenti...ilmu ada dimana2 shj...cuma terpulan kpd kita sendiri untuk mengamalkannya...salam perjuangan..