Wednesday, June 10, 2009

Hukum Mengerat Kuku..

Salam..

Ana ingin berkongsi dengan semua pembaca sekalian mengenai maklumat yang ana baca dalam sebuah buku.Maklumat tersebut mengenai hukum mengerat kuku pada hari-hari tertentu.Kesahihannya bergantung kepada kita untuk mempercayainya atau tidak.
Renung-renungkan dan selamat beramal..

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya.Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati.Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah,bukannya tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih.Mulakan kerat kuku itu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi mula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhirnya ibu jari tangan kanan.Kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.

No comments: