Tuesday, June 9, 2009

Pesan Tok Guru


Salam alaik..

Semalam, ana berpeluang menghadiri kuliah khas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar kelantan di Surau AN-Nur, Bandar Baru Bangi.Memang terharu dan teruja dapat bertemu dan mendengar kuliah tok guru secara live dan dekat.Dulu pernah juga pergi ke rumah kawan di Kelantan semata-mata nak hadir kuliah mingguan Tok Guru di Kota Bharu tapi tak berkesempatan.Kuliah Tok Guru dan Dato' Dr.Haron Din berkisar mengenai kewajipan menegakkan keadilan dan menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan dengan agenda utama adalah membantu penduduk Rantau Panjang, Kelantan.

Hati ini tersentuh dengan pesanan tok guru bahawa bantu-membantu serta sedekah amal jariah sangat dituntut dalam Islam.Teringat akan sebuah hadis yang menerangkan bahawa amal manusia akan terputus dari dunia ini setelah meninggal dunia kecuali tiga perkara iaitu Ilmu yang dimanfaatkan, sedekah amal jariah serta doa dari anak yang soleh.Lantas, sumbangan dihulurkan tanpa mengharap apa-apa balasan selain redha Allah swt.Rasa tenang dan puas hati dapat bertemu dengan ulama' yang memperjuangkan Islam seperti Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haron Din.Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menyenangkan dan kredibiliti ilmu kepimpinan yang tak dapat dipersoalkan lagi.

Semoga Tok Guru akan terus sihat walafiat untuk memimpin gerakan Islam yang bakal membawa perubahan kepada negara yang tercinta ini.Amin Ya Rabbal Alamin..

No comments: