Wednesday, December 24, 2008

Ayuh,Syabab

“Ayuh!kau pemuda,gagah bertenaga,kreatif berwibawa..bangkitlah membela!”
Kata-kata itu membuatkan seluruh urat sarafku bertenaga,aliran darahku mengalir deras,semangatku membara,jiwaku kental menongkat hati,membelenggu kejahilan dalam diri,membuka jalan mencari Redha Ilahi.
Dalam perjalanan menjejak kasih Ilahi,pelbagai ranjau pasti akan ditemui.Pernah suatu ketika Saidina Umar Al-Khattab bertanya kepada seorang sahabat,
“Apakah yg kamu faham tentang taqwa?”,lantas sahabat itu bertanya,
“Wahai Amirul Mukminin,pernahkah kamu jalan di tempat yg banyak duri?,lantas Saidina Umar menjawab,
“Pernah”,kemudian sahabat bertanya,
“Bagaimanakah cara kamu berjalan di tempat itu?”,kemudian Saidina Umar menjawab,
“Aku akan berhati-hati meletakkan kaki aku dan berhati-hati ketika mengangkat kaki sebab takut terkena duri”,lalu sahabat menjelaskan,
“Taqwa itu ialah berhati-hati dalam setiap tindakan”
Maknanya dalam menjadi insan yang bertaqwa,kita perlu berhati-hati sebab takut terbuat perkara yang Allah murka,yang Allah benci.Kita akan berusaha memperbanyakkan kebaikan dan menjauhi larangan Allah SWT.
Ada sepuluh sifat peribadi Muslim yang sejati iaitu
· Akidah yg sejahtera
· Ibadah yg sahih
· Akhlak yg teguh
· Berilmu pengetahuan
· Jasad yg kuat
· Mujahadah pada nafsu
· Bermanfaat pada orang lain
· Menjaga waktunya
· Sistematik urusannya
· Mampu berdikari
Andaikan aku dapat memasukkan sifat-sifat ini ke dalam diriku,alangkah indahnya kehidupan ini.Alam ini pasti teruja.

3 comments:

Anonymous said...

salam'alaik...

syabab musafir kasih

peringatan bulan muharram
1. 1-9 muharram: sunat berpuasa
2. 10 muharram: Hri asyura, sunat juga berpuasa dan sapu kepala anak yatim, bersedekah kepada fakir miskin, bercelak mata dan meluaskan perbelanjaan keluarga.
wallahualam......

Anonymous said...

seorang wira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan..
tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah...
Ayuh, syabab..

Anonymous said...

petua penawar jiwa...
Daripada Abu Hurairah r.a beliau menceritakan bahawa pada satu hari Rasulullah s.a.w datang kepadanya yang sedang bercucuk tanam. Apabila Nabi datang, Baginda bertanya kepada saya,"Wahai sahabatku Abu Hurairah mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu tanaman yang lebih baik daripada tanamanmu ini?Aku menjawab, "Apakah dia ya Rasulullah?"Jawab Baginda,
سبحانالله والحمدلله ولأاله الأ الله والله اكبر
adalah lebih baik lagi daripada tanaman ini. Apabila kamu berzikir kepada Allah s.w.t., setiap zikir yang kamu ucapkan Dia akan menanamkan untukmu sepohon pokok di dalam syurga."
Insyaallah...
wallahua'lam...