Tuesday, December 16, 2008

Nasihat..

Ada seorang lelaki menemui Imam Ahmad Ibn Hanbal r.a,lalu berkata “Nasihatilah aku.”Kemudian Imam Ahmad Ibn Hanbal berkata “Jika Allah telah menjamin rezeki,kenapa engkau bersusah payah?Dan jika Allah pasti mengganti sedekah kita,mengapa kita kikir?Jika syurga itu sudah pasti ada,mengapa kita bersantai?Jika api neraka sudah pasti ada,mengapa kita berani melakukan maksiat?Jika pertanyaan munkar dan nakir sudah pasti ada,mengapa kita bersenang-senang?Jika dunia itu sudah pasti musnah,mengapa kita ingin hidup tenang?Jika hisab(perhitungan amal) itu sudah pasti ada mengapa kita lalai?Jika segala sesuatu dengan qadha’ dan qadar,mengapa kita takut?

5 comments:

Anonymous said...

seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya,
cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya
dan cukup berani untuk membetulkan kesilapan...

wahai syabab,

gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..

Anonymous said...

Daripada Abu Hurairah r.a; Nabi s.a.w bersabda:
" Allah s.w.t berfirman: "wahai anak Adam! luangkanlah dirimu beribadat; nescaya Aku akan penuhkan dadamu dengan kecukupan, dan Aku menutup kefakiran kamu. Jika kamu tidak melakukannya nescaya Aku membuatkan diri kamu sentiasa dalam keresahan dan Aku tidak menutup kefakiran kamu."
( Riwayat al-Tirmizi)

Anonymous said...

Tuhan adalah zat yang Maha Agung
Ujudnya tiada mula dan sudahnya
Kerana Ia bukan kejadian
Tiada siapa yang menjadikan

KuasaNya Maha hebat tiada batasnya
KehendakNya terjadi bila ia berkata
Jadilah terus terjadilah
Tiada siapa dapat menghalang

Ia tiada bertempat
Kerana tempat dia yang menjadikan
Dia memberi tiada mengambil manfaat
Kerana Dia tiada berhajat

Ia sudah sempurna
Tiada mengambil ruang
Kerana ruang itu ciptaanNya
Dia disembah atau tidak tiada berkurang
Tiada bertanbah

Kalau bertambah ertinya Dia kurang
Dia tetap dengan kesempurnaanNya
Maha suci Ia dari kekurangan
Dia sediakala

Tiada didahului oleh tiada
Zatnya tidak dapat difikirkan
Bagaimanapun dibayangkan
Itu semua mainan syaitan

Inilah Dia Tuhan

Anonymous said...

Ujian terhadap orang yang disayangi Allah.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: " siapa yang Allah kehendaki kepada kepada kebaikan, nescaya Allah akan mengujinya"
( Riwayat al-Bukhari)

Anonymous said...

Golongan yang mendapat Naungan Allah...
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: " Tujuh golongan, Allah akan lindungi pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya: Imam yang adil; syabab yang membesar dengan beribadat kepada Allah; insan yang hatinya terpaut dengan masjid; dua insan yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; insan yang diajak(digoda) oleh wanita yang berpangkat dan cantik lalu ia berkata:'sesungguhnya aku takutkan Allah'; insan yang bersedekah dengan cara yang tersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya; insan yang mengingati Allah secara bersendirian lalu berlinangan air matanya."
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)