Wednesday, June 10, 2009

Hukum Mengerat Kuku..

Salam..

Ana ingin berkongsi dengan semua pembaca sekalian mengenai maklumat yang ana baca dalam sebuah buku.Maklumat tersebut mengenai hukum mengerat kuku pada hari-hari tertentu.Kesahihannya bergantung kepada kita untuk mempercayainya atau tidak.
Renung-renungkan dan selamat beramal..

Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya.Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati.Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah,bukannya tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih.Mulakan kerat kuku itu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi mula dari jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhirnya ibu jari tangan kanan.Kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.

Tuesday, June 9, 2009

Pesan Tok Guru


Salam alaik..

Semalam, ana berpeluang menghadiri kuliah khas Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar kelantan di Surau AN-Nur, Bandar Baru Bangi.Memang terharu dan teruja dapat bertemu dan mendengar kuliah tok guru secara live dan dekat.Dulu pernah juga pergi ke rumah kawan di Kelantan semata-mata nak hadir kuliah mingguan Tok Guru di Kota Bharu tapi tak berkesempatan.Kuliah Tok Guru dan Dato' Dr.Haron Din berkisar mengenai kewajipan menegakkan keadilan dan menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan dengan agenda utama adalah membantu penduduk Rantau Panjang, Kelantan.

Hati ini tersentuh dengan pesanan tok guru bahawa bantu-membantu serta sedekah amal jariah sangat dituntut dalam Islam.Teringat akan sebuah hadis yang menerangkan bahawa amal manusia akan terputus dari dunia ini setelah meninggal dunia kecuali tiga perkara iaitu Ilmu yang dimanfaatkan, sedekah amal jariah serta doa dari anak yang soleh.Lantas, sumbangan dihulurkan tanpa mengharap apa-apa balasan selain redha Allah swt.Rasa tenang dan puas hati dapat bertemu dengan ulama' yang memperjuangkan Islam seperti Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Haron Din.Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menyenangkan dan kredibiliti ilmu kepimpinan yang tak dapat dipersoalkan lagi.

Semoga Tok Guru akan terus sihat walafiat untuk memimpin gerakan Islam yang bakal membawa perubahan kepada negara yang tercinta ini.Amin Ya Rabbal Alamin..

Monday, June 8, 2009

Bermulanya Sebuah Revolusi..


Salam alaik..

Hari ni ana berpeluang hadir dalam sidang penutup muktamar tahunan PAS kali ke-55..memang menarik dan teruja untuk hadir dalam majlis seperti ini.Meremang bulu roma mendengar laungan "Takbir" dari para Perwakilan.Ana sempat mendengar amanat dari Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tapi sekejap sahaja.Walaupun begitu, rasa puas hati jugak sebab berpeluang mendengar ucapan dari Tuan Guru secara live.Di sini ana ingin memetik serangkap ucapan dari Tuan Guru sebagai tatapan dan renungan bersama..

DEWAN PEMUDA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Marilah kita menyedari bahawa asas perjuangan yang diletakkan oleh generasi yang terdahulu memerlukan golongan �syabab� sebagai penerusnya. Sehubungan dengan itu, PAS ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Pemuda PAS di semua peringkat kerana terus menarik sokongan pengundi muda kepada PAS termasuk dalam pilihan raya-pilihan raya kecil yang telah berlangsung. Golongan pengundi muda ini adalah sangat penting kepada perjuangan PAS, kerana merekalah generasi yang akan mendominasi geopolitik negara di masa yang akan datang.

Berteraskan fenomena inilah, maka Pemuda PAS perlu merangka pelan untuk mengekalkan sokongan orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang, kaum, budaya, taraf pendidikan dengan program-program yang bersesuaian, termasuk �mengakhlakkan� aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dilihat di luar ruang lingkup aktiviti PAS. Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas 'penyelamat' bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama.

Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam.

Ini adalah kerana realiti sekarang menuntut pemimpin yang bukan sahaja mempunyai ilmu, berintegriti, bahkan berkemampuan untuk mentadbir negara dan berperanan di peringkat antarabangsa. Semoga Pusat Latihan Akademi Kepimpinan Pemuda yang baru dirasmikan di Kok Lanas pada bulan Februari lalu akan melonjakkan kegiatan-kegiatan tarbiah untuk melahirkan kepimpinan yang lebih baik bagi memimpin ummah.

Petugas daripada kalangan pemuda khususnya telah memberi sumbangan besar dalam pilihan raya dan kegiatan PAS termasuk menggerakkan massa dalam Himpunan Membantah PPSMI baru-baru ini. Unit Amal di bawah kelolaannya perlu meningkatkan lagi prestasi, sungguh pun telah banyak menerima pujian dan kepercayaan hasil dari tahap disiplin yang tinggi dan perkhidmatan yang diberikan.

Perkhidmatan kepada rakyat secara bermusim seperti menjelang hari perayaan dan tidak bermusim seperti bencana alam perlulah diteruskan dengan penuh iltizam tanpa batasan negeri, bangsa dan budaya. Pemuda juga perlu terus pro aktif dalam menghadapi isu-isu dalam negara dengan memimpin ummah di medan dan secara bijaksana berhadapan dengan entiti yang berkenaan.

Dalam konteks parti dan kerajaan serta percaturan politik yang serba mungkin dewasa ini, PAS terus menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.

Sumber: (Harakahdaily.net)

Friday, June 5, 2009

Selamat Bermuktamar..



salam alaik..

Hari ni ana berpeluang untuk menghadiri muktamar PAS Pusat di Stadium melawati sebagai pemerhati..huhu..agak menarik tapi cuma ada pengundian je tadi.Masa yang ada digunakan untuk jalan-jalan cari makan dan cari baju..hehe..memang menarik suasana yang dapat dilihat di situ.jauh berbeza dengan suasana Jom Heboh yang ana pernah saksikan.Alunan zikir memuji tuhan, ceramah yang berkumandang, pakaian muslimin dan muslimat, dan macam-macam lagi la dengan environment Islamic dan menyejukkan mata.Hajat di hati nak dengar ucapan dari mana-mana pimpinan PAS tapi tak berkesempatan plak.Semalam ada hadiri forum yang membariskan ahli panel Ustaz Nik Zawawi, Drs Khalil Idham Lim dan Dato'Dr Hassan Ali.Tajuk forum ialah "Islam memimpin perubahan".Ana agak berpuas hati dengan kupasan ahli panel yang terlibat.Antara isu yang diperbincangkan ialah krisis Perak, bencana stadium di Terengganu dan juga perkembangan terkini kerajaan negeri Selangor.Overall, memang puas hati dan pulang dengan hati yang senang walaupun harapan nak dengar kupasan dari Dato'Dr Haron Din tak kesampaian..huhu..

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


Guru..
Suatu kalimah yg amat bermakna dalam hidup setiap insan.Tanpa guru,siapalah kita..tanpa guru,siapalah perdana menteri,menteri,pemimpin,jurutera,jutawan,doctor malah guru itu sendiri.Bagi umat Islam guru yg sebenar-benar guru hanyalah Nabi Muhammad saw,Rasul pilihan bagi seluruh umat manusia di akhir zaman.Bukan mudah untuk menjadi seorang guru.Bukan mudah mendidik manusia mengenal huruf,nombor,tulisan,formula,teori dan ungkapan yang bermanfaat atau lebih dikenali sebagai ILMU.Ilmu yang bermanfaat jika disebarkan bukan sahaja memberi ganjaran ketika di dunia malah berterusan sehingga setelah kita meninggal dunia.Subhanallah,sungguh besar fungsi ILMU.

“ Apalah guna ilmu tanpa amalan,apalah guna amalan tanpa keikhlasan,apalah guna keikhlasan jika tidak semata-mata kerana Allah swt ”

Oleh itu,jasa guru perlulah dikenang dan dihargai.Baiknya murid kerana guru,buruknya murid juga kerana guru.Ini mungkin pernyataan yg tidak adil tapi hakikatnya tetap ada.Peranan seorang guru amat besar dalam kehidupan masyarakat tanpa mengira bangsa,agama dan Negara.Guru adalah gerbang ilmu kerana manusia tidak akan memperolehi ilmu tanpa diperkenalkan oleh guru.Guru tidak semestinya di sekolah,university,kolej,maktab atau institusi pendidikan semata-mata.guru boleh juga seperti mereka yang berada di rumah,gelanggang silat,padang bola,stadium,masjid,surau dan sebagainya.Oleh itu,perayaan hari guru yang disambut pada hari ini perlu dihayati oleh seluruh penduduk Malaysia yang tercinta ini kerana secara psikologinya kita semua adalah guru.

“ Selamat Hari Guru ” adalah ungkapan yang sering mengimbau kenangan masa lalu ketika zaman persekolahan.Setiap kali sambutan hari guru,para pelajar adalah antara yang terdahulu melonjak keriangan.Selain daripada dapat cuti,ia adalah masa untuk bertemasya dan mengenakan Guru-guru dalam aktiviti yang dijalankan bagi mengeratkan silaturrahim antara kakitangan sekolah.

Sebenar guru ada hakikat
Dikuat pula amalan syariat
Ditambah pula ilmu maarifat
Berpakaian pula dengan isyarat

Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat

Karya Agung:Ustaz Haji Hanafi Haji Ahmad

Dua rangkap pantun yang dipetik daripada nukilan Pengasas Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi iaitu Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad.Kata-kata yang penuh dengan makna yang tersirat dan bermanfaat.Memang benar kerana kita dituntut supaya mentaati guru kerana dengan mentaati perintah guru,ilmu yang dipelajari akan mendapat berkat kerana guru akan ikhlas mengajar dan kita pula ikhlas belajar.Sungguh besar kedudukan dan darjat seorang guru kerana ia bukan sahaja boleh mendorong kita ke syurga malah boleh juga mengheret kita ke neraka jika tersalah memilih guru.Guru umpama lilin yang membakar diri menerangi insan lain.Guru umpama bulan purnama yang menerangi malam yang gelap gelita.Semoga jasamu guru mendapat keredhaan dan kerahmatan Allah swt.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada Cikgu Wan Armizan,Cikgu Arshad,Cikgu Siti Fauziah,Cikgu Hadi,Cikgu Roslan Zairi serta semua cikgu yang telah banyak mengajar diriku yang daif lagi hina ini.Jasamu guru akan kukenang sehingga ke akhir hayatku kerana siapalah diriku tanpa insan yang bergelar GURU..

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu


salam alaik..
untuk semua ibu-ibu di dunia ini,SELAMAT HARI IBU diucapkan dengan seikhlas hati dan jutaan penghargaan yang tidak terhingga.Jasamu tak dapat dibalas dan pengorbananmu tak ternilai.Dihadiahkan puisi penghargaan ini yang diambil daripada lirik lagu.Hasrat dihati nak nyanyi tapi suare kurang sedap..hehe..

Ibu
bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Tulusnya kasih yg engkau hamparkan
Bagaikan laut yg tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Meskipun dirimu telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yg amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgamu

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai peita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sygmu sungguh bernilai
Itulah harta yg kau berikan

Kasihanilah tuhan
Ibu yg telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Saturday, May 2, 2009

Bicara politik semasa..


Ape itu politik?
Politik boleh la diertikan sebagai apa saja cara utk mendapatkan kuasa..
ade politik organisasi,politik kampus,politik negara,tempatan dan antarabangsa..
mcm2 cara digunakan utk mendapatkan kuasa..
utk apa mendapatkan kuasa??
caru duit?cari nama?cari pangkat?berbakti?membela masyarakat?
terpulang kepada agenda perjuangan..
setiap politikus ada cara tersendiri menentang lawan..
ade gunakan fitnah,bongkar rahsia,khianat,tipu,penyelewengan,penyalahgunaan kuasa..
pelbagai cara digunakan utk mendapatkan dan menggunakan kuasa dan autoriti..
autoriti boleh disifatkan sebagai hak utk bertanggungjawab dan mengeluarkan arahan..
terdetik dihati utk berbicara mengenai politik semasa di Malaysia ini..
disebabkan tsunami politik yg berlaku tahun lalu,beberapa negeri telah dapat diperintah oleh Pakatan Rakyat(PAS,PKR,DAP) iaitu Kedah,Kelantan,Penang,Kelantan,Perak(yg telah dirampas BN)
ini membuktikan citarasa dan keyakinan rakyat Malaysia telah berubah..
perkara ini membayangkan bahawa BN bakal ditimpa musibah jika tdk berhati-hati..
dalam arena politik semasa,watak yg paling menonjol ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti yg menonjol ialah PAS dengan keupayaan memerintah 3 negeri(tinggal 2)..
perjuangan PAS berpaksikan kpd pelaksanaan hukum2 Islam dan pemerintahan yg adil..
agak pelik apabila perjuangan memartabatkan agama Islam mendapat tentangan dpd org Melayu Islam..
hukum hudud disifatkan sebagai zalim dan tdk bertamadun oleh pihak2 tertentu..
undang2 Islam hanya dilihat pd hukuman potong tgn tp tdk yg lainnya..
walhal tujuannya utk menakutkan manusia dpd melakukan jenayah..
wajar diberikan kredit kpd pemerintahan tok guru nik aziz di kelantan..
dari sudut keupayaan tok guru menjana pembangunan modal insan di kelantan..
ini dpt dilihat di kebanyakan universiti yg padat dengan mahasiswa dari kelantan..
kenyataan ini mungkin bersifat berat sebelah tp inilah yg berlaku..
walaupun digembar-gemburkan kurangnya pembangunan di kelantan tp telah dijawab oleh tok guru dgn cara yg cukup berhikmah..
keadaan ini bkn sahaja berlaku di UKM malah di IPT-IPT yg lain..
gemilang sinar Islam di bawah kepimpinan Ulama' perlu disebarkan ke negeri2 lain
demi kesinambungan survival perjuangan Islam..

" MEMBANGUN BERSAMA ISLAM "

inilah yg selalu ditonjolkan oleh PAS dan sepatutnya disokong oleh semua org Islam..
walaupun xsokong PAS tp sepatutnya jgn kita memperlekehkan pembangunan Islam..
"Islam itu agama yg tinggi,dan tiada yg lebih tinggi daripada itu"
dari sudut politik semasa di Malaysia,perjuangan PAS lebih relevan dan berwawasan..
kekuatan PAS lebih menyerlah dengan gabungan dalam Pakatan Rakyat..
lebih mengejutkan apabila kaum bkn Islam telah mula menyokong PAS..
mereka mula menubuhkan kelab penyokong PAS di seluruh negara..
ia sekaligus membuktikan kejayaan dakwah PAS..
tapi ape2 saja boleh berlaku andai manusia mudah lupa dan leka..
semoga perjuangan yg benar akan sentiasa diredhai dan dirahmati Allah swt..
"apabila telah dtg kebenaran,kebatilan akan terhapus dengan sendirinya.sungguh,kebatilan itu pasti akan terhapus.."

Takbir!!!
Allahuakbar!!!!!!

Monday, April 27, 2009

Mengapa hati mati??


* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Renung2kan dan selamat beramal..

(sumber:harakahdaily.net)

Sunday, April 26, 2009

Tamak itu ada baiknya..


Hubungan kita dgn Tuhan adalah
hubungan hamba dgn Penciptanya..
hubungan hamba dgn Pengawalnya..
dan hubungan hamba dgn Pemberi Balasan..

Pernah suatu hari Nabi Muhammad s.a.w berkata kpd seorang anak muda,
"Wahai anakku,aku akan mengajar kamu beberapa perkara:Peliharalah Tuhan nescaya Dia pelihara kamu,peliharalah Tuhan nescaya apa-apa yg engkau minta dimakbulkanNya.Apabila kamu meminta sesuatu,mintalah drpd Tuhan,apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah daripada Tuhan."

Berdasarkan hadis ini jelas Nabi Muhammad mengarahkan kita supaya memelihara hukum,hak,perintah dan larangan Tuhan dgn cara mengerjakan perintahNya sesuai dgn ketetapan syariatNya.Misalnya,apabila kita menjaga sembahyang,yakni hukum ketetapanNya,maka kita melaksanakan perintah Tuhan.Tuhan memelihara kita dan kita boleh menjadi sihat,kuat dan berkat dalam hidup.Malah yg paling utama,Tuhan memelihara kita drpd menjadi bahan bakar api neraka.

Malah sebagai org yg beriman,kita sentiasa meminta supaya Tuhan memelihara kita.Bukan sekadar kita menjaga perintah Tuhan,malah kita tetap berdoa supaya Tuhan memelihara kita.Sebagai contoh,kita baca doa yg diajarkan oleh Muhammad seperti yg dilaporkan oleh Ibnu Umar,
"Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku meminta kepadaMu sihat walafiat di dunia dan akhirat.Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku meminta kepadaMu keampunan dan kesejahteraan buat agamaku dan duniaku,buat kaum keluargaku dan harta bendaku.Wahai Tuhanku,tutupkanlah keaibanku dan amankanlah kebimbanganku,peliharalah dari hadapanku,dan belakangku,kanan dan kiriku,dan dari sebelah atasku,aku berlindung pada kebesaranMu drpd dibinasakan dari bawahku."

Apabila kita meminta drpd Tuhan,Tuhan adalah sebaik-baik pemberi segala permintaan.Muhammad berkata,"Bersikap tamaklah apabila mendapatkan manfaat bagi dirimu,dan mintalah pertolongan drpd Tuhan,dan janganlah engkau berasa lemah."
Untuk itu,kita perlu bersifat tamak merebut manfaat agama,manakala Tuhan dijadikan tempat mengadu dan meminta pertolongan.

(Petikan dari buku "Cerita-cerita Motivasi untuk Jiwa")

Renung2kan dan selamat beramal

Monday, April 20, 2009

Syabab 'Musafir Kasih'


salam alaik..
sejak kebelakangan ini banyak juga novel yg dijadikan filem..
ini adalah usaha yg baik dlm menyampaikan dakwah kepada golongan sasar..
sayangnya apabila ia hanya dipelopori oleh sutradara asing terutamanya di Indonesia..
ia seakan tidak mendapat tempat di hati sutradara Malaysia..
filem Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih serta sinetron Di Atas Sajadah Cinta..
semuanya hasil karya penulis terkenal Habiburrahman El-Shirazzy..
mesejnya bagus dan kekuatannya sangat menonjol..
Di Malaysia juga ramai penulis novel-novel dakwah yg menghasilkan karya bermutu..
terutamanya novel yg sangat dekat di hati ana,Syabab Musafir Kasih..
tahniah kepada penulisnya,Fatimah Syarha Mohd Noordin..
ana bukanlah peminat dan pembaca novel yang kerap..
cuma apabila ada karya dakwah yg bermutu,selayaknya ia disebarkan dan ditonjolkan..
ana sgt berharap agar novel Syabab Musafir Kasih dapat diangkat menjadi filem..
kerana jalan dakwahnya mantap dan bersesuaian dgn suasana di Malaysia..
mungkin ada semacam fobia dalam penerbitan karya filem dakwah..
ini mungkin disebabkan kurangnya sambutan terhadap filem Syukur 21..
sebuah filem yg cukup cantik dan berkualiti dlm penonjolan sebuah negara Islam yg maju..
namun begitu ia tidak begitu mendapat sambutan rakyat Malaysia..
entah di mana silapnya..
Mungkin suatu hari nanti kita dapat melihat gemilangnya sinar Islam di Malaysia ini..
di saat itulah kita dapat berharap dakwah disampaikan dalam medium yg pelbagai..
dakwah boleh disampaikan melalui drama,nasyid,filem,seni silat,seni binaan,bahan bacaan kanak2,radio,malah dalam sistem pembelajaran negara..
ianya terpulang kepada penyampai ilmu dan pemerintah negara..
sekiranya Islam menjadi keutamaan,penganut agama lain juga akan menghormati Islam..
kerana Islam untuk semua,Rahmatan Lil'Alamin..
namun jika kedudukan,kekayaan dan kekuasaan yg menjadi keutamaan..
sedikit demi sedikit sinar Islam akan pudar dan semakin dipinggirkan..
dan di saat itulah mungkin terjadinya peristiwa yg paling menakutkan..
Subhanallah..
ini hanya luahan hati dari seorang insan yg hina lagi serba kekurangan..
semoga kehidupan kita sentiasa mendapat rahmat dan perlindunganNya..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..