Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru


Guru..
Suatu kalimah yg amat bermakna dalam hidup setiap insan.Tanpa guru,siapalah kita..tanpa guru,siapalah perdana menteri,menteri,pemimpin,jurutera,jutawan,doctor malah guru itu sendiri.Bagi umat Islam guru yg sebenar-benar guru hanyalah Nabi Muhammad saw,Rasul pilihan bagi seluruh umat manusia di akhir zaman.Bukan mudah untuk menjadi seorang guru.Bukan mudah mendidik manusia mengenal huruf,nombor,tulisan,formula,teori dan ungkapan yang bermanfaat atau lebih dikenali sebagai ILMU.Ilmu yang bermanfaat jika disebarkan bukan sahaja memberi ganjaran ketika di dunia malah berterusan sehingga setelah kita meninggal dunia.Subhanallah,sungguh besar fungsi ILMU.

“ Apalah guna ilmu tanpa amalan,apalah guna amalan tanpa keikhlasan,apalah guna keikhlasan jika tidak semata-mata kerana Allah swt ”

Oleh itu,jasa guru perlulah dikenang dan dihargai.Baiknya murid kerana guru,buruknya murid juga kerana guru.Ini mungkin pernyataan yg tidak adil tapi hakikatnya tetap ada.Peranan seorang guru amat besar dalam kehidupan masyarakat tanpa mengira bangsa,agama dan Negara.Guru adalah gerbang ilmu kerana manusia tidak akan memperolehi ilmu tanpa diperkenalkan oleh guru.Guru tidak semestinya di sekolah,university,kolej,maktab atau institusi pendidikan semata-mata.guru boleh juga seperti mereka yang berada di rumah,gelanggang silat,padang bola,stadium,masjid,surau dan sebagainya.Oleh itu,perayaan hari guru yang disambut pada hari ini perlu dihayati oleh seluruh penduduk Malaysia yang tercinta ini kerana secara psikologinya kita semua adalah guru.

“ Selamat Hari Guru ” adalah ungkapan yang sering mengimbau kenangan masa lalu ketika zaman persekolahan.Setiap kali sambutan hari guru,para pelajar adalah antara yang terdahulu melonjak keriangan.Selain daripada dapat cuti,ia adalah masa untuk bertemasya dan mengenakan Guru-guru dalam aktiviti yang dijalankan bagi mengeratkan silaturrahim antara kakitangan sekolah.

Sebenar guru ada hakikat
Dikuat pula amalan syariat
Ditambah pula ilmu maarifat
Berpakaian pula dengan isyarat

Taat ke guru membawa berkat
Sedikit belajar banyak yang dapat
Jika menderhaka menjadi mudarat
Semua ilmu tiada yang lekat

Karya Agung:Ustaz Haji Hanafi Haji Ahmad

Dua rangkap pantun yang dipetik daripada nukilan Pengasas Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi iaitu Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad.Kata-kata yang penuh dengan makna yang tersirat dan bermanfaat.Memang benar kerana kita dituntut supaya mentaati guru kerana dengan mentaati perintah guru,ilmu yang dipelajari akan mendapat berkat kerana guru akan ikhlas mengajar dan kita pula ikhlas belajar.Sungguh besar kedudukan dan darjat seorang guru kerana ia bukan sahaja boleh mendorong kita ke syurga malah boleh juga mengheret kita ke neraka jika tersalah memilih guru.Guru umpama lilin yang membakar diri menerangi insan lain.Guru umpama bulan purnama yang menerangi malam yang gelap gelita.Semoga jasamu guru mendapat keredhaan dan kerahmatan Allah swt.

Selamat Hari Guru diucapkan kepada Cikgu Wan Armizan,Cikgu Arshad,Cikgu Siti Fauziah,Cikgu Hadi,Cikgu Roslan Zairi serta semua cikgu yang telah banyak mengajar diriku yang daif lagi hina ini.Jasamu guru akan kukenang sehingga ke akhir hayatku kerana siapalah diriku tanpa insan yang bergelar GURU..

No comments: