Friday, September 25, 2009

Salam Aidilfitri..

KUALA LUMPUR, 17 Sept: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang menyeru seluruh umat Islam merujuk kepada panduan Al-quran dan Sunnah dalam menyelesaikan segala masalah dan perselisihan faham khususnya dalam bidang politik yang menentukan dasar dan hala tuju negara.


Beliau dalam teks khutbah Hari Raya Aidilfitrinya mengulas, Allah telah mengajar di dalam Al-quran bagaimana cara untuk menyelesaikan pertelingkahan di kalangan rakyat serta kerajaan.

Di dalam Al Quran juga ada diajar bagaimana menjalinkan persaudaraan di kalangan semua manusia, tanpa mengira bangsa dan agama.

"Semua prkara yang menjadi perbalahan dan berselisih faham yang menyebabkan perkelehaian hendaklah diselesaikan dengan kitab Allajh dan ajaran Rasul." jelasnya lagi.

Menurutnya, Allah turut menegaskan dalam Al Quran mengenai hubungan baik di antara pemimpin dn rakyat. Cara untuk menyatukan manusia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan latar belakang ialah dengan memerintan secara adil menurut ajaran Al Quran.

Tegasnya, Allah melarang dan mengutuk sekeras-kerasnya mereka yg mengambil petunjuk yang lain daripada Al Quran dalam menyelesaikan permasalahan yang dialami.

Beliau dalam tulisannya berkata, orang yang bertakwa ialah orang yang menjadikan Al Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. sebagai panduan dalam seluruh aspek kehidupan termasuk dalam hal pentadbiran negara.

Untuk menjadi bangsa yang berjaya juga ujarnya, manusia mesti berpegang teguh kepada petunjuk dalam Al Quran dan sunah Rasululllah S.A.W.

Beliau turut mengajak para pendengar menyorot kembali sirah dahulu yang menunjukkan bangsa Arab yang asalnya miskin, buta huruf, dan penuh dengan sifat negatif, kemudiannya berubah menjadi kuat setelah menerima Islam namun akhirnya kembali menjadi lemah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam kehidupan mereka.

"Pemimpin negara dan para ulama' perlu bersama-sama memimpin dan menunjukkan kepada rakyat dengan kitab Allah dan cara beramal dengannya yang ditunjuk oleh Rasulullah S.A.W." tulisnya.

Teks penuh khutbah Aidilfitri beliau bagi tahun 1430H boleh dilihat pada laman blog beliau di http://presiden.pas.org.my yang ditulis menggunakan tulisan jawi.

No comments: