Thursday, March 26, 2009

Petua-petua menerobos sempadan diri

Apa itu sempadan diri?
adakala manusia tidak sedar dan tidak peka dengan sikap-sikap peribadi
setiap perbuatan akan jadi kesukaan
setiap kesukaan akan menjadi kebiasaan
setiap kebiasaan akan menjadi budaya
apabila sudah menjadi budaya, adalah sukar untuk diubah
pulang pulih seperti sediakala..
Renungilah petua-petua yang telah digariskan oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah
untuk dijadikan panduan dalam menerobos sempadan diri..

1.Patuh kepada perintah tuhan.
2.Doa yang konsisten.
3.Bijak Mengaplikasi kehebatan diri.
4.Membentuk matlamat yang jelas.
5.Kerja berkualiti.
6.Perbaiki diri sendiri dan seru orang lain.
7.Membentuk suasana yang memberangsangkan.
8.Motivasikanlah orang lain.
9.Hormati orang lain.
10.Tingkatkan produktiviti diri.
11.Luaskan persahabatan.
12.Positif dan bersangka baik.
13.Berinteraksi dengan mantap.
14.Kreatif dan membentuk karisma positif.
15.Bekerja secara tersusun.
16.Bijak menggunakan peluang.
17.Reda dan ceria.
18.Pemaaf.
19.Muhasabah diri.
20.Jangan paksa orang menerima pendapat.
21.Yakin dengan Allah

Contohi UMAR..

KITA sering menyebut kehebatan Khalifah Umar Abd Aziz dalam pentadbirannya sebagai pemerintah sehingga masyarakat bukan Islam turut mengetahuinya serba sedikit lalu menjadikannya ‘role model’ dalam ucapan yang disampaikan.Ana berharap supaya ia bukan terhenti setakat di dalam ucapan, tetapi ia perlu diterjemah dalam tindakan. Tidak dinafikan usaha ke arah itu dapat dilihat sedikit demi sedikit, tahniah.

Selain Umar Abd Aziz, kita adakala membaca kehebatan pentadbiran Islam di bawah khalifah kedua Islam iaitu Umar Al-Khattab r.a.Dalam tulisan ringkas ini, ana ingin berkongsi beberapa petikan kisah ketegasan Umar Al-Khattab ra ketika pemerintahannya, termasuk sewaktu menerima laporan daripada rakyat terhadap perilaku gabenor dilantiknya.Ia sangat baik dijadikan panduan dan ingatan bagi pimpinan pentadbiran korporat, kerajaan negeri dan pusat serta sesiapa saja yang ingin mengambil pengajaran.


KISAH 1:Khalifah Umar Al-Khattab dan Sa’ad Abi Waqqas
Umar Al-Khattab melantik Sa’ad Abi Waqqas, sahabat besar Nabi Muhammad SAW, sebagai gabenor di Kufah, Iraq. Namun beberapa kumpulan munafik yang bencikan Sa’ad membuat aduan palsu kononnya beliau tidak adil dalam pembahagian selain tidak memimpin ketika peperangan, sedangkan ketika itu kerajaan Islam sibuk membuat persiapan untuk menuju ke Nahawand.Amat difahami, kumpulan itu ingin mengganggu kelancaran perancangan kerajaan Islam. Walaupun aduan terbabit sememangnya diketahui palsu oleh Umar Al-Khattab, beliau masih meraikannya secara serta-merta dengan menghantar wakil penyiasat iaitu Muhammad Ibn Maslamah.Umar Al-Khattab sangat sensitif dan serius dengan segala laporan terhadap gabenor lantikannya. Tatkala proses siasatan terbuka dijalankan, semua wakil ketua di Kufah tidak tahu menahu berkenaan laporan ketidakadilan Sa’ad lalu semuanya mengkhabarkan kebaikan Sa’ad.Tiba-tiba muncul Usamah Bin Qatadah mendakwa Sa’ad tidak adil dan tidak memimpin perang. Sa’ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya.Hasil doa individu soleh seperti Sa’ad, semua kumpulan yang menipu itu mati. Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.Walaupun Sa’ad terbukti selepas itu tidak bersalah, demi mengelak perpecahan dan menjaga status beliau, Umar al-Khattab meminta Sa’ad menamakan penggantinya, lalu dilantik ‘Abdullah bin Abdullah Bin ‘Utban yang juga timbalan Sa’ad sebelum ini. Sa’ad kemudian dibawa ke Madinah bagi menyertai ahli Majlis Syura Khalifah.

KISAH 2: Khalifah Umar Al-Khattab dan denda anaknya
Abd Rahman bin Umar Al-Khattab, seorang daripada anak Umar al-Khattab yang ada di Mesir, dilaporkan melakukan kesalahan meminum arak. Umar al-Khattab meminta Amru bin Al-‘As melaksanakan hukuman ke atas anaknya.Namun Amru al-‘as serba salah kerana Abd Rahman anak khalifah lalu menjatuhkan hukuman secara sedikit berbeza, iaitu mencukur kepalanya dan disebat secara tertutup di dalam rumahnya. Sepatutnya, prosedur ketika itu membabitkan hukuman minum arak adalah dicukur dan disebat pada waktu sama di khalayak ramai.Peristiwa itu sampai kepada pengetahuan Umar al-Khattab lalu beliau menghantar surat yang antara lainnya menyebut: “Engkau menyebat dan mencukur Abd Rahman di dalam rumahmu dan kamu tahu ia bertentangan dengan apa yang aku harapkan (hukuman seperti orang lain).”“Abd Rahman seorang daripada warga di bawah tanggungjawabku (di akhirat) dan kamu beralasan dengan mengatakannya anak Khalifah, sedangkan kamu tahu aku tidak sesekali berkompromi dengan sesiapapun dalam melaksanakan amanah terhadap Allah SWT.”

Thursday, March 12, 2009

Bila Hati Dikunjungi CINTA..


Salam alaik..
Sebenarnya hati ana buntu bila memikirkan mengenai cinta..
Ada yang berpendapat bile dah masuk universiti, jangan bercinta sangat,belajar sampai grad dulu.Ada jugak yang berpendapat, masa kat u ni la kita nak cari calon yang sesuai sebab bila dah kerja nanti susah skit nak mencari gadis idaman.Biasalah pendapat manusia, ada pro n kontra.Ada yang berpendapat,cinta akan melalaikan kita daripada pelajaran dan ada jugak berpendapat cinta boleh membawa kita menuju kejayaan.Ia sekali lagi membuktikan bahawa manusia hanyalah boleh menilai melalui akal yang terbatas.Oleh itu, pelbagai persoalan yang timbul tetapi tidak dapat diselesaikan jika semata-mata menggunakan akal yang terbatas.

Hati ana telah dikunjungi cinta tetapi dibaluti dengan rasa ketidakpastian dan keraguan untuk menyuburkannya.Seorang gadis bernama Aishah telah berjaya mencuri perhatian dan perasaan kasih ana.Susah untuk dijelaskan mengenai personaliti gadis tersebut.Sikap merendah diri dan kelembutan pada wajahnya membuatkan hati ana berbunga setiap kali bertemu dengannya.Pertemuan pertama di surau tempat ana bekerja suatu ketika dulu tanpa disangka membuahkan rasa kasih yang secara semulajadinya dikurniakan kepada manusia.Kejernihan wajahnya sentiasa mententeramkan jiwa sehingga setiap hari ana berharap untuk bertembung dengannya.Mungkin ada yang berpendapat bahawa ana terbawa-bawa dengan kecantikannya.Tapi itulah anugerah kurniaan Allah swt.Ana hanyalah insan biasa yang tak dapat menolak kehadiran cinta.Ana tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi jika dia tidak ditakdirkan untuk ana.Namun bukan mudah untuk ana menemui jalan ke lubuk hatinya.Disebabkan didikan keluarga dan sikap menjaga keperibadiannya, ana perlu menerima hakikat bahawa ana telah tertarik hati kepada insan yang cukup istimewa.Untuk itu, ana perlu mempersiapkan diri menjadi seorang yang istimewa.Jauh di lubuk hati ana, tersemadi doa agar kami dapat bertemu lagi, bercinta dan berpisah hanya kerana Allah swt.Semoga rindu ini mendapat rahmat dan keredhaan dariNya..

Dalam perjalanan hidup ana di UKM ini, pintu hati ana telah diketuk oleh seorang gadis yang cuba untuk menghuni taman hati ana.Perwatakannya manis, penyejuk mata kaum Adam.Tidak seperti Aishah, dengan gadis ini, ana sering berjumpa dan berbual.Tak pernah terlintas bahawa dia akan menaruh hati kepada ana.Dirinya yang mempunyai pengetahuan agama yang jauh lebih tinggi daripada ana, membuatkan ana berasa ada jurang antara kami.Setiap kali memikirkannya, ana tak sanggup untuk terus memikirkannya.Dengan keadaan diri ana yang serba kekurangan, tak mungkin ana dapat menjadi seperti apa yang diharapkannya.


Dengan perasaan yang buntu, ana tak dapat membuat keputusan mengenai cinta yang bakal menghuni taman hati ana.Hanya Allah swt yang tahu betapa berat untuk ana memutuskan apa yang terbaik untuk diri ana.Akan tetapi, ana mengerti bahawa apa yang menimpa ana ini, adalah sesuatu yang mampu ana harungi.Sama seperti kesusahan keluarga ana yang tidak menghalang laluan ana menjejakkan kaki ke UKM ini.Semoga ana akan mendapat pandangan dan petunjuk yang jelas mengenai masalah ini..

Dilema Cinta..


Salam alaik..
Entah kenapa secara tiba-tiba hati ana tergerak untuk berbicara mengenai cinta.Terlalu banyak definsi yang diketengahkan mengenai cinta.Tak dapat untuk dikenalpasti definisi apakah yang paling tepat bagi merujuk kecenderungan hati untuk bercinta.Telah terbit pelbagai falsafah cinta dari ufuk timur sehinggalah ke wilayah barat.Semuanya mengatakan merekalah yang berada di pihak yang benar dengan bukti-bukti dan teori-teori yang dicipta dan disokong oleh akal manusia yang secara semulajadinya sangat terbatas.Daripada kisah Romeo and Juliet, bingkisan karya William Shakespeare sehinggalah kepada dongeng Melayu, Uda dan Dara serta Laila Majnun.Namun semuanya dibaluti nafsu dan keduniaan semata.

Apabila menyingkap mengenai “Kisah Cinta Dalam Al-Quran”, sebuah buku karangan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat, ternyata dapat membuka minda manusia yang lalai bahawa definisi cinta telah dicatat dalam kalam Tuhan Yang Maha Esa.Definisi yang lengkap dan sangat menyentuh perasaan bisa membuatkan hati yang gundah menjadi tenang, hati yang sedih menjadi bahagia, hati yang berduka menjadi ceria.Pelbagai persoalan cinta dirungkaikan termasuk cinta kepada ayah dan ibu, ibu dan anak, wanita dan pemuda, raja dan ratu, cinta kpd dunia, cinta kpd harta, dan cinta kepada Allah swt.Andai manusia mengerti, cinta kepada Allah swt mengatasi segala-gala yang ada dalam dunia ini.Dasar kehidupan Islam tidak pernah sekali-kali menolak keperluan cinta, malah dasar Islam terbangun daripada nilai-nilai luhur berlandaskan etika moral yang tinggi dan karimah akhlak.Dan wujud nyata dalam kehidupan Islam itu ikatan saling mengasihi dan mencintai antara sesama mukmin dan sesama insan secara universal.Risalah Islam mengajarkan kasih sayang dan cinta kasih kepada sesama manusia bahkan setiap makhlukNya di semesta alam.Malangnya,ramai manusia zaman sekarang yang mentafsirkan agama mengikut pandangan sendiri.Mereka berpendapat,agama perlulah mengikut peredaran zaman sedangkan peredaran zamanlah yang perlu mengikut landasan Islam kerna Islam sesuai untuk setiap zaman.Mereka berpendapat,manusia perlulah menjana Islam yang bertamadun sedangkan ketamadunan manusia yang perlu mengikut lunas-lunas Islam kerana Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada itu.Mereka berpendapat, hukum-hukum dan peristiwa yang tercatat dalam Al-Quran hanyalah sejarah yang perlu dikenang sedangkan ia merupakan panduan kepada umat Islam.Oleh itu,banyak kekeliruan yang timbul dan umat Islam menjadi semakin ketinggalan, keliru dan terus menjadi buntu.Dalam sebuah hadis,Rasulullah saw pernah bersabda,

“ Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling cinta mencintai, saling kasih mengasihi dan saling bantu membantu laksana satu tubuh, apabila salah satu anggotanya merasa sakit, maka seluruh anggota tubuhnya turut merasakan sakit, seperti kena demam atau tidak boleh tidur. ”

Hadis riwayat Bukhari

Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan tuhan, fitrah insani.Dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula.Cinta itu tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela.Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala.Semua kerana cinta, yang pahit manis dirasa.Menghibur nestapa,merawat luka, damai dijiwa.Terpadam api benci permusuhan, terjalinlah kasih sayang.Begitulah cinta yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan..(antara bait-bait lagu Kerana Cinta).Ramai mengetahui bahawa cinta yang disemai antara sesama insan dengan berlandaskan syariat Allah swt, bakal membawa ke syurga.Namun tidak ramai yang berani merebut peluang itu.Mungkin umat Islam semakin terbawa-bawa dengan ideology barat yang mengatakan cinta kepada manusia adalah segala-galanya.Marilah sama-sama kita mengejar cinta yang diredhai Allah swt supaya kita akan berbahagia di dunia dan di akhirat kelak.Cinta kepada bunga,bunga akan layu.Cinta kepada harta,harta akan habis.Cinta kepada manusia,manusia akan mati.Tetapi cinta kepada Allah swt adalah cinta yang kekal abadi.Semoga kita termasuk dalam golongan yang bertuah itu..Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

Tuesday, March 10, 2009

Salam Maulidur Rasul

Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir airmataku
Kerna pancaran ketenangan..

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu..

Ya Rasulullah..Ya Habiballah..
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah..Ya Habiballah..
Kami rindu padamu

Allahummasolli ‘ala Muhammad
Ya Rabbi solli ‘alaihi wassallim..

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Ku tahu cintamu terhadap umat
Ummati ummati
Ku tahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami..

Ya Rasulullah..Ya Habiballah..
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah..Ya Habiballah..
Kami rindu padamu
Ya Rasulullah..Ya Habiballah..
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah..Ya Habiballah..
Kurniakanlah syafaatmu..



Petikan lirik lagu : Ya Rasulullah (Raihan)

Zaman mude2 dulu..

Budak2 yg lahir pd thn 80/90an mesti ingat mase skolah rendah dulu:

- Kat skolah ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.

- Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm2....

- Pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- Main lwn getah pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- Pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- Cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.Bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

- Time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

- Main game 2D.super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape(slalu tumpang main kt umah kwn je)

-Ada musim tertentu buat kejohanan sukan ala olimpik kat kampung
Cuma yang mnang xdapat ape2,yg kalah pun same..haha

- Jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...

- Balik skolah beli JoJo xpon Dendang (time ade duit la). Tora pon best gak.Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

-Bila tiba bulan puasa,acara wajib di waktu malam ialah ‘aci menyorok’(hide and seek).
Time ni la nk pekena kwn yg penakut..haha

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

-Kekadang anjur program berkelah kat bendang sambil masak2
(cilok skit barang2 masakan kat umah spt kuali,periuk,garam,kunyit..hehe)
Sambil2 tu panjat pokok klapa dan mangga utk cari bekalan tambahan..
Aktiviti menggagau ikan juga punya tarikan tersendiri

- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles,masked rider,flashman, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm2 lg.

-Hujung minggu,wat gathering utk merempit dari kampong ke kampong
Bermula awal pagi sampai ke senja (mmg best walaupun naik basikal je)
Kekadang tu cari port nak berkubang (xkisah parit ke,tali air ke,telaga ke)
Inilah aktiviti riadah yang paling berkesan..

jgn lupe sume ni sbb zaman skrg
budak2 xsmpt merasai aktiviti2 ni.kite akan sentiasa berubah,
cume asal-usul kite yg permanent.huhu~
kenangan ini yang membuat kita menghargai masa kni dan masa lalu..

ni la baru zaman kita kawan2..
especially kpd yg berasal dari kampong..
pas r kt member2 yang lain....mesti diorg tersengeh2 bace kisah nih...hehehee..

Sunday, March 8, 2009

Luahan Rasa Seorang Insan...


Semakin jauhku dariMu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku dipandanganMu

Semakin cuba kudekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku dipandanganMu……
Oh Tuhan..

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan denganMu
Sudikah Kau menerima hambaMu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
Di bayangan mentari
Aku kealpaan dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dinihari
Aku kepasrahan mendamba jernih embun kasih sayangMu
Oh Tuhan..

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat kuhampiri gerbang syurgaMu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari seksaMu
Oh Tuhan..

Kasih sayangMu Tuhan
Itu yang kudambakan
Dengan rahmatMu
Ampunilah diriku..

Petikan dari Lirik lagu: Damba Kasih (In-team)

Friday, March 6, 2009

Rindu..

salam..
sayu terasa hati ini..
secara tiba-tiba terkenangkan keluarga dan kampung halaman..
bila ana hantar kawan ke hentian kajang,
rase mcm nak balik kampung plak..
tapi minggu ni agak busy skit..
jadi,xdpt la pulang..huhu
bkan ape,ana cuma rindukan si comel2 di rumah 2..huhu
anak2 buah yg meriuh rendahkan rumah..


ni la si comel yg pertama..najmi..





ni pulak si comel yg kedua..nazatul azureen..
bersama kakaknya,siti najiha..huhu




ini si comel yg ketiga..cik nabil..hehe
geram tgk kecomelan die..rse mcm nk cubit2 je pipi die..hehe






Wednesday, March 4, 2009

Persoalan Ikhlas..


Disebabkan satu peristiwa baru-baru ini, ana terpanggil untuk membicarakan tentang persoalan ikhlas.Ikhlas merupakan satu perbuatan melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan.Dalam konteks Islam, ikhlas itu perlulah berpaksi atau berkiblat kepada Allah swt.Jadi, apabila ada seorang sahabat membangkitkan tentang ikhlas dlm melakukan kerja berpersatuan, ana terfikir sendirian.Apakah ikhlas itu boleh dilihat?sudah tentu jawapannya tidak.Ikhlas itu sangat istimewa di sisi Islam.Ikhlas itu datang dari hati yang tulus, tanpa paksaan dan tiada keraguan baginya.Tiada siapa yang mampu menilai keikhlasan seseorang makhluk.Hak untuk menilai hanyalah milik Allah swt.Amal yang diterima hanyalah amal yang ikhlas dan pembalasan Allah swt adalah sangat adil bagi mereka yang ikhlas dan yang tidak ikhlas.Ikhlas bukanlah sekadar ucapan, tetapi ianya bermakna dengan perbuatan dan cara perlaksanaan sesuatu tindakan.Kita tidak perlu mengucapkan yang kita ikhlas kerana ianya sentiasa dalam pengetahuan Allah swt.Akan tetapi kenapa kita perlu ikhlas?Untuk bercakap mengenai kelebihan ikhlas, rasanya ia bukanlah dalam bidang kepakaran ana.Namun sebagai manusia biasa, ana lebih suka berurusan dengan org yg ikhlas kerana org yg ikhlas kurang beralasan dlm melakukan kerja.Ikhlas juga merupakan pintu untuk melakukan kebaikan dalam amalan.Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.Andai ikhlas niat di hati, mudahlah untuk istiqamah dalam amalan.Ada seorang ustaz pernah menyebut, para ulama’ berpendapat, amal yang paling baik ialah amal yang ikhlas kerana Allah swt, bukan untuk mendapat pahala dan bukan untuk mendapat balasan syurga.Ini kerana kita adalah milik Allah swt.Begitu juga pahala dan syurga.Mudah untuk difahami tapi susah untuk dihayati.Dalam filem Kiamat Sudah Dekat misalnya, ditunjukkan kepada kita apakah itu ikhlas.Bila seorang lelaki bertanya kepada seorang ustaz, ‘Bagaimana untuk mengetahui sama ada seseorang itu sudah bersifat ikhlas’, lalu ustaz tersebut menjawab, ‘Susah untuk mengukurnya.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui’.Di sini jelas dakwah yang cuba disampaikan iaitu ikhlas itu hanyalah terletak di dalam pengetahuan Allah swt.Kita hanya mampu mengagak melalui pengalaman dan pengetahuan kita.Namun, segalanya tetap kembali kpd Allah swt.Untuk itu, sama-samalah kita bermuhasabah diri.

Renung-renungkan dan selamat beramal….