Wednesday, March 4, 2009

Persoalan Ikhlas..


Disebabkan satu peristiwa baru-baru ini, ana terpanggil untuk membicarakan tentang persoalan ikhlas.Ikhlas merupakan satu perbuatan melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan.Dalam konteks Islam, ikhlas itu perlulah berpaksi atau berkiblat kepada Allah swt.Jadi, apabila ada seorang sahabat membangkitkan tentang ikhlas dlm melakukan kerja berpersatuan, ana terfikir sendirian.Apakah ikhlas itu boleh dilihat?sudah tentu jawapannya tidak.Ikhlas itu sangat istimewa di sisi Islam.Ikhlas itu datang dari hati yang tulus, tanpa paksaan dan tiada keraguan baginya.Tiada siapa yang mampu menilai keikhlasan seseorang makhluk.Hak untuk menilai hanyalah milik Allah swt.Amal yang diterima hanyalah amal yang ikhlas dan pembalasan Allah swt adalah sangat adil bagi mereka yang ikhlas dan yang tidak ikhlas.Ikhlas bukanlah sekadar ucapan, tetapi ianya bermakna dengan perbuatan dan cara perlaksanaan sesuatu tindakan.Kita tidak perlu mengucapkan yang kita ikhlas kerana ianya sentiasa dalam pengetahuan Allah swt.Akan tetapi kenapa kita perlu ikhlas?Untuk bercakap mengenai kelebihan ikhlas, rasanya ia bukanlah dalam bidang kepakaran ana.Namun sebagai manusia biasa, ana lebih suka berurusan dengan org yg ikhlas kerana org yg ikhlas kurang beralasan dlm melakukan kerja.Ikhlas juga merupakan pintu untuk melakukan kebaikan dalam amalan.Sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.Andai ikhlas niat di hati, mudahlah untuk istiqamah dalam amalan.Ada seorang ustaz pernah menyebut, para ulama’ berpendapat, amal yang paling baik ialah amal yang ikhlas kerana Allah swt, bukan untuk mendapat pahala dan bukan untuk mendapat balasan syurga.Ini kerana kita adalah milik Allah swt.Begitu juga pahala dan syurga.Mudah untuk difahami tapi susah untuk dihayati.Dalam filem Kiamat Sudah Dekat misalnya, ditunjukkan kepada kita apakah itu ikhlas.Bila seorang lelaki bertanya kepada seorang ustaz, ‘Bagaimana untuk mengetahui sama ada seseorang itu sudah bersifat ikhlas’, lalu ustaz tersebut menjawab, ‘Susah untuk mengukurnya.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui’.Di sini jelas dakwah yang cuba disampaikan iaitu ikhlas itu hanyalah terletak di dalam pengetahuan Allah swt.Kita hanya mampu mengagak melalui pengalaman dan pengetahuan kita.Namun, segalanya tetap kembali kpd Allah swt.Untuk itu, sama-samalah kita bermuhasabah diri.

Renung-renungkan dan selamat beramal….

4 comments:

nisachik said...

hmm..
ssh sbnrnye nk tnm dlm diri sft iklas ni..
rmai yg memilih utk menyatakan 'iklas' d mulut,,
tp tidak d hati..
mudah2an
dgn niat suci kte utk memperbaiki diri,,
Allah permudahkn diri utk tnm sft ni..
InsyaAllah..
(^_~)

Anonymous said...

ikhlas 2 ada dalam hati,x boleh dilihat tp boleh dirasa..
wallahua'alam..

Fathi Adha said...

ikhlas itu satu perkataan yg abstrak, satu perkataan yg subjektif yg sukar ditafsirkan dengan luahan kata2, tp hanya hati sahaja yg tau betapa ikhlasnya sesuatu itu...

oleh itu ikhlas itu tidak boleh diungkapkan dengan kata2... kita hanya boleh mencipta perilaku yg bersifat "ikhlas" dengan hati yg suci dan berkat Ilahi, InsayaAllah kita boleh laksanakan perilaku ikhlas....

ikhlas bukan hanya di mulut....

Anonymous said...

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu