Thursday, March 12, 2009

Bila Hati Dikunjungi CINTA..


Salam alaik..
Sebenarnya hati ana buntu bila memikirkan mengenai cinta..
Ada yang berpendapat bile dah masuk universiti, jangan bercinta sangat,belajar sampai grad dulu.Ada jugak yang berpendapat, masa kat u ni la kita nak cari calon yang sesuai sebab bila dah kerja nanti susah skit nak mencari gadis idaman.Biasalah pendapat manusia, ada pro n kontra.Ada yang berpendapat,cinta akan melalaikan kita daripada pelajaran dan ada jugak berpendapat cinta boleh membawa kita menuju kejayaan.Ia sekali lagi membuktikan bahawa manusia hanyalah boleh menilai melalui akal yang terbatas.Oleh itu, pelbagai persoalan yang timbul tetapi tidak dapat diselesaikan jika semata-mata menggunakan akal yang terbatas.

Hati ana telah dikunjungi cinta tetapi dibaluti dengan rasa ketidakpastian dan keraguan untuk menyuburkannya.Seorang gadis bernama Aishah telah berjaya mencuri perhatian dan perasaan kasih ana.Susah untuk dijelaskan mengenai personaliti gadis tersebut.Sikap merendah diri dan kelembutan pada wajahnya membuatkan hati ana berbunga setiap kali bertemu dengannya.Pertemuan pertama di surau tempat ana bekerja suatu ketika dulu tanpa disangka membuahkan rasa kasih yang secara semulajadinya dikurniakan kepada manusia.Kejernihan wajahnya sentiasa mententeramkan jiwa sehingga setiap hari ana berharap untuk bertembung dengannya.Mungkin ada yang berpendapat bahawa ana terbawa-bawa dengan kecantikannya.Tapi itulah anugerah kurniaan Allah swt.Ana hanyalah insan biasa yang tak dapat menolak kehadiran cinta.Ana tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi jika dia tidak ditakdirkan untuk ana.Namun bukan mudah untuk ana menemui jalan ke lubuk hatinya.Disebabkan didikan keluarga dan sikap menjaga keperibadiannya, ana perlu menerima hakikat bahawa ana telah tertarik hati kepada insan yang cukup istimewa.Untuk itu, ana perlu mempersiapkan diri menjadi seorang yang istimewa.Jauh di lubuk hati ana, tersemadi doa agar kami dapat bertemu lagi, bercinta dan berpisah hanya kerana Allah swt.Semoga rindu ini mendapat rahmat dan keredhaan dariNya..

Dalam perjalanan hidup ana di UKM ini, pintu hati ana telah diketuk oleh seorang gadis yang cuba untuk menghuni taman hati ana.Perwatakannya manis, penyejuk mata kaum Adam.Tidak seperti Aishah, dengan gadis ini, ana sering berjumpa dan berbual.Tak pernah terlintas bahawa dia akan menaruh hati kepada ana.Dirinya yang mempunyai pengetahuan agama yang jauh lebih tinggi daripada ana, membuatkan ana berasa ada jurang antara kami.Setiap kali memikirkannya, ana tak sanggup untuk terus memikirkannya.Dengan keadaan diri ana yang serba kekurangan, tak mungkin ana dapat menjadi seperti apa yang diharapkannya.


Dengan perasaan yang buntu, ana tak dapat membuat keputusan mengenai cinta yang bakal menghuni taman hati ana.Hanya Allah swt yang tahu betapa berat untuk ana memutuskan apa yang terbaik untuk diri ana.Akan tetapi, ana mengerti bahawa apa yang menimpa ana ini, adalah sesuatu yang mampu ana harungi.Sama seperti kesusahan keluarga ana yang tidak menghalang laluan ana menjejakkan kaki ke UKM ini.Semoga ana akan mendapat pandangan dan petunjuk yang jelas mengenai masalah ini..

1 comment:

nisachik said...

salam alaik..
wah3..
nmpknye shbt kte ni smakin terbuka membicarakn soal 'CINTA'.=)

hope dpt mnemui cinta yg sbenar2 cinta sejati..
n dpt buat plihan yg terbaek..

(^_~)