Thursday, March 12, 2009

Dilema Cinta..


Salam alaik..
Entah kenapa secara tiba-tiba hati ana tergerak untuk berbicara mengenai cinta.Terlalu banyak definsi yang diketengahkan mengenai cinta.Tak dapat untuk dikenalpasti definisi apakah yang paling tepat bagi merujuk kecenderungan hati untuk bercinta.Telah terbit pelbagai falsafah cinta dari ufuk timur sehinggalah ke wilayah barat.Semuanya mengatakan merekalah yang berada di pihak yang benar dengan bukti-bukti dan teori-teori yang dicipta dan disokong oleh akal manusia yang secara semulajadinya sangat terbatas.Daripada kisah Romeo and Juliet, bingkisan karya William Shakespeare sehinggalah kepada dongeng Melayu, Uda dan Dara serta Laila Majnun.Namun semuanya dibaluti nafsu dan keduniaan semata.

Apabila menyingkap mengenai “Kisah Cinta Dalam Al-Quran”, sebuah buku karangan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat, ternyata dapat membuka minda manusia yang lalai bahawa definisi cinta telah dicatat dalam kalam Tuhan Yang Maha Esa.Definisi yang lengkap dan sangat menyentuh perasaan bisa membuatkan hati yang gundah menjadi tenang, hati yang sedih menjadi bahagia, hati yang berduka menjadi ceria.Pelbagai persoalan cinta dirungkaikan termasuk cinta kepada ayah dan ibu, ibu dan anak, wanita dan pemuda, raja dan ratu, cinta kpd dunia, cinta kpd harta, dan cinta kepada Allah swt.Andai manusia mengerti, cinta kepada Allah swt mengatasi segala-gala yang ada dalam dunia ini.Dasar kehidupan Islam tidak pernah sekali-kali menolak keperluan cinta, malah dasar Islam terbangun daripada nilai-nilai luhur berlandaskan etika moral yang tinggi dan karimah akhlak.Dan wujud nyata dalam kehidupan Islam itu ikatan saling mengasihi dan mencintai antara sesama mukmin dan sesama insan secara universal.Risalah Islam mengajarkan kasih sayang dan cinta kasih kepada sesama manusia bahkan setiap makhlukNya di semesta alam.Malangnya,ramai manusia zaman sekarang yang mentafsirkan agama mengikut pandangan sendiri.Mereka berpendapat,agama perlulah mengikut peredaran zaman sedangkan peredaran zamanlah yang perlu mengikut landasan Islam kerna Islam sesuai untuk setiap zaman.Mereka berpendapat,manusia perlulah menjana Islam yang bertamadun sedangkan ketamadunan manusia yang perlu mengikut lunas-lunas Islam kerana Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripada itu.Mereka berpendapat, hukum-hukum dan peristiwa yang tercatat dalam Al-Quran hanyalah sejarah yang perlu dikenang sedangkan ia merupakan panduan kepada umat Islam.Oleh itu,banyak kekeliruan yang timbul dan umat Islam menjadi semakin ketinggalan, keliru dan terus menjadi buntu.Dalam sebuah hadis,Rasulullah saw pernah bersabda,

“ Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling cinta mencintai, saling kasih mengasihi dan saling bantu membantu laksana satu tubuh, apabila salah satu anggotanya merasa sakit, maka seluruh anggota tubuhnya turut merasakan sakit, seperti kena demam atau tidak boleh tidur. ”

Hadis riwayat Bukhari

Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan tuhan, fitrah insani.Dan di mana terciptanya cinta, di situ rindu bermula.Cinta itu tidak pernah meminta tetapi memberi sepenuh rela.Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala.Semua kerana cinta, yang pahit manis dirasa.Menghibur nestapa,merawat luka, damai dijiwa.Terpadam api benci permusuhan, terjalinlah kasih sayang.Begitulah cinta yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan..(antara bait-bait lagu Kerana Cinta).Ramai mengetahui bahawa cinta yang disemai antara sesama insan dengan berlandaskan syariat Allah swt, bakal membawa ke syurga.Namun tidak ramai yang berani merebut peluang itu.Mungkin umat Islam semakin terbawa-bawa dengan ideology barat yang mengatakan cinta kepada manusia adalah segala-galanya.Marilah sama-sama kita mengejar cinta yang diredhai Allah swt supaya kita akan berbahagia di dunia dan di akhirat kelak.Cinta kepada bunga,bunga akan layu.Cinta kepada harta,harta akan habis.Cinta kepada manusia,manusia akan mati.Tetapi cinta kepada Allah swt adalah cinta yang kekal abadi.Semoga kita termasuk dalam golongan yang bertuah itu..Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

No comments: