Friday, February 6, 2009

Optimisme...

Optimisme adalah memandang hidup ini sebagai persembahan terbaik.Tidak ada sesuatu yg terjadi begitu sahaja dan mengalir sia-sia.Pasti ada tujuan.Pasti ada maksud.Mungkin saja anda mengalami pengalaman buruk yang tak menyenangkan, maka keburukan itu hanya kerana anda melihat dari salah satu sisi sahaja.Bila anda berani memandang ke sudut yg lain, anda akan menemukan pemandangan yg jauh berbeza.

Anda tidak harus menjadi org yg tersenyum terus atau menampakkan wajah yg ceria.Optimisme terletak di dalam hati, bukan hanya terpampang di wajah.Jadilah optimis, kerana hidup ini terlalu rumit untuk dipandang dengan mengerutkan dahi.

Setiap titis air yg keluar dari mata air, mereka mengetahuinya bahawa mereka akan mengalir menuju ke laut.Meski harus melalui anak sungai, lubuk, danau dan muara, mereka yakin bahawa perjalanan mereka bukan tanpa tujuan.Bahkan ketika menunggu di samudera, setiap titis air tahu, suatu saat yg panas, angin akan membawa mereka ke pucuk-pucuk gunung.Seterusnya menjadi awan dan menurunkan hujan.Sebahagian menyuburkan rerumputan, sebahagian tertampung dalam kolam-kolam, sebahagian kembali ke laut.

ADAKAH SESUATU YANG SIA-SIA DARI SETIAP TITIS AIR YANG ANDA TEMUI?

" (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingati Allah.Ingatlah!Hanya dengan mengingati Allah sajalah diperoleh ketenteraman hati "
(Surah Ar-ra'd: ayat 28)

3 comments:

intan-love-safinaz said...

Assalamualaikum pak cik,

Ini kali pertama aku jejakkan kaki ke blog ko. Senyap2 je, x gitau pun ada blog. Teruskan menulis sebab aku akan terus memerhati dari jauh walaupun aku duduk dalam hutan..

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t...

Teruskan perjuanganmu wahai teman, kerana dunia hanyalah suatu permulaan dan perjalanan akhirat masih jauh lagi…...ar-rijal qawwamu a'la an-nisa.

nisachik said...

salam..
eyt,,ko da kne tagged ngn aku..
ape lg..buat2!!